fbpx
Now Reading
Tips Elak ‘Menangis’ Di Dapur, Chef Ini Ajar Cara Mudah Untuk Potong Bawang

Tips Elak ‘Menangis’ Di Dapur, Chef Ini Ajar Cara Mudah Untuk Potong Bawang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat yang jarang masuk ke dapur, mungkin anda belum cukup mahir dengan skill yang boleh digunakan untuk memudahkan proses memasak dan sebagainya.

Manakala golongan yang dah banyak makan garam di dapur, besar kemungkinan anda lebih arif tentang apa yang perlu dilakukan untuk menyiapkan hidangan tanpa sebarang masalah.

Namun begitu, pasti ramai yang ‘menangis’ di dapur tiap kali memotong bawang. Makin diteruskan makin pedih pula kan? Nak masak pun dah takda mood!

Kadang kala sampai terpaksa pakai cermin mata atau goggle untuk melindungi mata.

Walaubagaimanapun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Penyelesaiannya memang berbeza dengan apa yang kita selalu buat!

Seorang chef di TikTok, Will Wright telah berkongsi sebuah tips yang cukup mudah untuk mengelakkan mata pedih ketika memotong bawang. Ternyata penyelesaiannya memang sangat berbeza dengan apa yang rata-rata daripada kita selalu buat!

@anomalous513

♬ original sound – Will Wright

Pertama, jangan sesekali membuang akar pada bahagian ‘mata’ dan bawah bawang selepas kulitnya dikupas.

Kemudian dengan menggunakan pisau yang tajam, belah bawang menjadi dua secara menegak dan letakkan permukaan rata di bawah.

Seterusnya anda boleh memotong bawang seperti biasa tetapi pastikan jangan potong akarnya.

Menurutnya, punca rasa pedih sewaktu memotong bawang adalah disebabkan oleh bahagian akar yang dibuang.

Jika sebelum ini kita buang akar dulu sebelum memotong bawang, kini prosesnya boleh diterbalikkan untuk mengelak daripada ‘menangis’ di dapur.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.