“Selama Ni Tak Tahu”- Rupanya Ini Cara Mudah Hilangkan Silau Pada Cermin Pandang Belakang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masalah silau pada waktu malam
Kebanyakan orang yang memandu sewaktu malam sentiasa berhadapan dengan masalah silau.
Apatah lagi, apabila kereta di jika ada kereta di belakang yang memasang lampu terang atau lampu tinggi dekat kita. Sudah tentu sakit mata bukan? Terganggu betul nak memandu!
Jangan risau, terdapat satu cara untuk menyelesaikannya. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @skaddoosshh di platform TikTok, gadis ini menunjukkan cara-cara untuk mengurangkan masalah silau tersebut.
Guna pelaras pada cermin pandang belakang
Tahukah anda, sebenarnya cermin di dalam kereta yang digunakan untuk tengok kereta di belakang mempunyai satu fungsi pelaras untuk mengurangkan masalah silau apabila kereta belakang anda memasang lampu tinggi.
Caranya amat mudah iaitu anda hanya perlu tolak pelaras di bahagian bawah rear view mirror tersebut supaya cermin kereta anda menghadap ke bawah.
@skaddoosshh Weh dah 22 baru tahu :”)
♬ original sound – Qin
Dengan itu, ia dapat mengurangkan tahap pencahayaan daripada lampu tinggi yang dipasang oleh kereta di belakang. Haa menarik kan? Selamat mencuba dan memandulah dengan selamat!