fbpx
Now Reading
Tak Perlu Beratur! Ini Cara Renew Pasport Secara Online

Tak Perlu Beratur! Ini Cara Renew Pasport Secara Online

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun negara kita berdepan dengan pandemik Covid-19. Rata-rata anda yang memiliki pasport pastinya dah nak tamat tempoh atau sudahpun mati bukan?

Memandangkan rakyat Malaysia kini dah boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan, pasti ramai yang ingin memperbaharui pasport mereka bukan?

Yelah kena beringat, jika nak keluar negara, bila pulang nanti pasport anda perlu mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik. Jadi kalau dah ‘sipi-sipi’ tu baik renew je bukan?

Sekadar makluman, tahukah anda kita kini sudah boleh memperbaharui pasport kita secara online? Tak perlu bersusah payah lagi nak beratur di kaunter Imigresen. Jadi bagaimana caranya?

Mudah sahaja! Iaitu dengan Myonlinepassport

Bagi memudahkan anda,ikuti perkongsian di bawah untuk memperbaharui pasport secara online.

#1 Layari portal MyOnlinePasport

Layari portal MyOnlinePasport disini atau copy paste link yang kami berikan di bawah ke browser anda :
https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

Baca terma dan syarat, sebaik selesai, tatal ke bawah dan tekan butang Setuju.

#2 Lengkapkan info dan butiran yang diperlukan

Bagi bahagian ini isikan segala maklumat dan butirkan yang diperlukan seperti no pasport, no kad pengenalan dsb.

Pastikan anda memilih kategori permohonan yang betul iaitu pemohon 18 tahun keatas atau pemohon bawah 18 tahun.

Sebaiknya sediakan pasport yang sudah bakal/sudah tamat tempoh di depan komputer bersama. Pilih juga cawangan untuk pengambilan pasport. Pasitkan yang terdekat dengan anda. Kalau tak pasti buat carian terlebih dahulu. Semua ini bagi memudahkan urusan pengambilan pasport yang sudah siap nanti.

Sebaik selesai tekan butang cari.

#3 Muatnaik foto pasport yang baharu mengikut spesifikasi

Langkah seterusnya adalah dengan memuat naik foto terbaharu bagi pasport tersebut. Pastikan ianya mengikut kriteria dan spesifikasi yang ditetapkan Imigresen seperti di bawah :

Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.

Bagi spesifikasi dan saiz rujuk gambar di bawah. Jika tidak mengambil soft copy di kedai gambar, scan gambar berkenaan di rumah anda.

#4 Semak dan sahkan butiran termasuk nama dan nombor telefon

Sebaik muat naik pastikan anda klik pada kotak untuk pengesahan.

Semak dan kemaskini segala butiran permohonan termasuk mengesahkan nama.Kemudian lengkapkan butiran alamat (jika ada perubahan) , no telefon dan email .

Selepas anda Kemaskini Permohonan ini, anda akan dibawa ke Seksyen Bayaran untuk proses bayaran. Jika anda ingin membuat bayaran kemudian, anda boleh berbuat demikian di menu ‘PERTANYAAN STATUS PERMOHONAN’.

Tatal ke bawah dan klik pada kotak untuk persetujuan pengakuan.

#5 Pilih cawangan untuk mengambil pasport

Tatal ke bawah lagi anda akan melihat seksyen maklumat pungutan dan pembyaran dokumen. Cawangan imigresen yang anda pilih tadi akan tersenarai dengan sini.

Harus diingatkan permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Tekan teruskan kepada bayaran

#6 Buat pembayaran

Anda akan dihanatar ke seksyen bayaran. Jadi buat pembayaran disini sama ada secara kad kredit atau debit terus (FPX). Bagi kadarnya pula ialah

   i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
     ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

Jika anda ingin membuat bayaran kemudian, anda boleh berbuat demikian di menu ‘PERTANYAAN STATUS PERMOHONAN’.

Dengan bayaran ini, ada akan akan memperbaharui pasport anda selama lima tahun.

#6 Simpan resit dan bawa sewaktu mengambil Pasport

Sebaik selesai membayar, anda akan menerima segala maklumat transaksi yang dilakuakn tadi antaranya nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

Simpan resit bayaran ini, dan bawa ia bersama MyKad, dan pasport asal semasa mengambil pasport baru anda. Pemohon perlu hadir sendiri dan tiada wakil dibenarkan.

Bagi mereka yang berumur 18 tahun kebawah, pastikan anda membawa bersama surat kelahiran anda selain penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.