fbpx
Now Reading
Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Ini Cara Betul Pasang Tag RFID Pada Kereta [Video]

Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Ini Cara Betul Pasang Tag RFID Pada Kereta [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang plaza tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sudah mula menggunakan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) secara berperingkat bermula 15 Januari lalu.

Sistem ini dikatakan mampu mengurangkan kesesakan di plaza selain membolehkan pengguna menikmati perjalanan tanpa henti dengan kelajuan 30km/j.

Dengan menggunakan tag RFID, pengguna tidak perlu lagi menambah nilai secara tunai di kaunter seperti TnG Ia sebaliknya semua kini boleh dilakukan menerusi Touch ‘n Go eWallet.

Anda boleh mendapatkan tag RFID ini secara online menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go dan ejen pemasaran yang dilantik seperti Shell. Ia juga boleh dibeli di Shopee dengan berkunjung ke pautan di sini.

Dengan membeli pek tersebut, anda akan menerima Tag RFID dalam bentuk pelekat yang mempunyai kod untuk dikesan ketika melalui lorong tol.

Jadi bagi memastikan ia berfungsi dengan baik, anda perlu menampal pelekat tersebut di kenderaan anda. Namun kami yakin, pasti ada diantara anda yang munngkin tidak tahu ataupun keliru, atau mungkin takut akan tersilap pasang.

Tak perlu risau kerana kerana pemasangan tag itu telah dikongsikan oleh seorang Youtuber, Mr Jackler, di saluran YouTube miliknya.

Menurut Jackler, dia memilih untuk melekatkan tag tersebut pada bahagian lampu hadapan di belah kiri keretanya.

Berikut ada langkah-langkah mudah yang boleh anda cuba:

  1. Bersihkan lampu hadapan kenderaan anda terlebih dahulu agar tag RFID mudah melekat.
  2. Buka pelekat pada pek.
  3. Tampalkan pada lampu yang sudah dibersihkan.
  4. Aktifkan tag di laman web Touch ‘n Go atau Touch ‘n Go eWallet
  5. Masukkan maklumat kenderaan dan daftar nombor siri RFID anda.

Langkah ini sama seperti yang dikongsikan Touch ‘n Go di akaun Instagram mereka.

Difahamkan dia berjaya menggunakan tag tersebut di laluan tol selepas sejam ia diaktifkan.

Untuk maklumat lebih jelas, ikuti video Jackler di bawah :

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.