fbpx
Now Reading
Stress Rambut Gugur? Ini 5 Tips Untuk Atasinya
rambut gugur

Stress Rambut Gugur? Ini 5 Tips Untuk Atasinya

Masalah seperti rambut gugur adakalanya membuatkan anda rasa tertekan dan tak tahu nak buat apa, usah bimbang dengan 5 tips ini ia pasti dapat membantu rambut anda agar lebih sihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rambut merupakan mahkota bagi setiap insan. Rambut yang cantik akan membuatkan seseorang itu tampil lebih berkeyakinan tinggi.

Namun apabila mengalami masalah seperti rambut gugur pasti akan membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri terutama apabila individu tersebut mula botak akibat kehilangan rambut yang terlalu banyak.

Demi mendapatkan semula rambut yang cantik ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit dengan melakukan pelbagai rawatan, membeli produk rambut seperti syampu, tonik rambut dan banyak lagi.

Tetapi sebenarnya untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan di rumah untuk membantu mengatasi masalah rambut gugur ini.

Tanpa melengahkan masa jom kami kongsikan 5 tips ini.

#1 Jangan kerap sikat rambut

Foto: Cottonbro by Pexels

Tabiat suka menyikat rambut dengan kerap sebenarnya membuatkan rambut anda lebih banyak gugur terutama jika ia disikat dalam keadaan yang kuat atau seperti direntap.

Oleh itu, cuba menyikat rambut anda dengan perlahan-lahan seperti genggam beberapa bahagian rambut dan mulakan dengan menyikat pada hujung rambut dahulu.

Selepas selesai baru sikat pada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian tengah.

#2 Hilangkan kusut rambut sebelum syampu

Mungkin tak ramai yang melakukan perkara ini, tetapi dengan menyikat rambut untuk mengurangkan kekusutan rambut dapat membantu anda mengatasi masalah rambut gugur kerana rambut sudah menjadi rapi.

#3 Makan makanan tinggi protein

Foto: Marta Branco by Pexels

Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu pertumbuhan rambut seperti makanan yang kaya dengan protein contohnya ikan, daging kekacang dan banyak lagi.

Makanan yang mengandungi protein tinggi ini sebenarnya mempunya faedah vitamin b-12 yang baik di mana selain membantu pertumbuhan rambut ia juga dapat menguatkan rambut.

#4 Berhenti warnakan rambut

Mungkin ada sesetengah di antara kita gemar mewarnakan rambut, tetapi sebenarnya pewarna rambut adalah kurang baik jika anda mempunyai masalah keguguran rambut.

Ini kerana ia mengandungi bahan kimia yang akan menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke bahagian akar.

#5 Pakai minyak kuatkan rambut

Foto: Towfiqu Barbhuiya by Pexels

Terdapat beberapa minyak yang boleh digunakan untuk membantu akar rambut menjadi lebih kuat, sebagai contoh minyak argan atau kelapa dara.

Malah penggunaan minyak ini juga tidak perlu terlalu banyak seperti perlu melumurkannya ke seluruh kepala, cukup dengan hanya menggunakan lima ke tujuh titik dan sapur ke seluruh bahagian rambut.

Mudah sahaja bukan nak buat tips ini di rumah, malah anda juga dapat menjimatkan wang daripada membazir untuk membeli produk-produk yang belum tentu dapat membantu pertumbuhan rambut anda.

Namun sekiranya anda mengalami keguguran yang sangat teruk anda disarankan untuk membuat pemeriksaan lanjut dengan pakar rambut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.