fbpx
Now Reading
Ini 5 Tips Agar Kulit Cantik Berseri

Ini 5 Tips Agar Kulit Cantik Berseri

Antara tips untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah dengan memastikan anda minum air yang secukupnya seperti 8 gelas sehari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wajah merupakan salah satu aspek yang sangat penting kepada setiap individu.

Oleh itu, ramai yang akan melakukan pelbagai perkara agar kulit wajah kelihatan cantik dan berseri-seri termasuklah melakukan pembedahan yang boleh mencecah ribuan ringgit.

Tidak kurang juga ada yang sanggup membeli produk dari luar negara kerana percaya ia akan membuatkan kulit mereka kelihatan cantik berseri.

Yelah apabila kulit wajah bermasalah seperti jerawat, jeragat, kemerahan secara tiba-tiba pasti ia akan membuatkan anda kurang keyakinan diri.

Ada juga sehingga tidak mahu berjumpa dengan orang ramai kerana malu dengan wajah sendiri.

Namun usah bimbang, selain menggunakan produk yang bersesuaian, sebenarnya terdapat juga cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Perkara ini turut dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan iaitu seorang pengamal perubatan yang sering berkongsi mengenai kesihatan di media sosial.

#1 Minum air kosong

Air merupakan sumber yang sangat penting dalam sistem badan. Malah jika kita berjumpa dengan doktor untuk merujuk sebarang masalah kesihatan pasti mereka akan berpesan agar pesakit minum air yang secukupnya.

Terutama ketika waktu cuaca panas seperti yang dialami sekarang ni, anda perlu pastikan anda membekalkan kuantiti secukupnya.

Selain itu, air juga tinggi dengan kadar oksigen yang dapat membantu anda daripada mengalami dehidrasi. Minum seperti 8 gelas sehari juga sudah memadai dan ia juga turut disaranan pakar agar kulit anda kekal cantik dan sihat.

#2 Elakkan minuman alkohol dan kafein

Seperti yang diketahui terdapat pelbagai keburukan sekiranya seseorang itu mengamalkan alkohol, selain menganggu kesihatan ia juga berisiko untuk menyebabkan kulit menjadi rosak.

Perkara ini sama seperti mereka yang mengambil kafein. Namun sekiranya anda seorang ‘coffee lover’ antara perkara yang boleh dilakukan adalah kurangkan pengambilan untuk merawat masalah kulit anda.

Kami pasti ia tidak mudah, namun demi kulit yang cantik ada perkara yang perlu anda korbankan malah kafein berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan diri.

#3 Cuci sisa mekap sebelum tidur

Tidak dinafikan anda sememangnya kelihatan cantik dengan mekap yang dipakai.

Namun pastikan anda menanggalkan mekap tersebut dengan bersih terutama sebelum tidur.

Ini kerana alat solek yang melekap pada kulit wajah pada jangka masa lama boleh menyebabkan liang pori jadi tersumbat.

Ia secara tidak langsung akan menjadikan minyak, debu serta kotoran lain berkumpul pada pori tersebut maka dari situ muncullah masalah lain seperti jerawat.

#4 Eksfoliasi

Eksfoliasi atau ‘exfoliate’ adalah perkara yang sangat penting pada kulit bukan sahaja pada wajah tetapi ia juga boleh dilakukan kepada badan.

Fungsi eksfoliasi ini adalah untuk membuang segala sel kulit mati agar ia digantikan dengan kulit baru yang lebih cantik serta sihat.

Namun eksfoliasi ini tidak boleh dilakukan setiap hari kerana ia boleh membuatkan kulit anda menjadi nipis, jadi hanya lakukannya dua atau tiga kali seminggu.

#5 Pakai pelindung matahari (Sunscreen)

Sunscreen adalah perkara yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit. Malah ia juga dapat menghindari daripada berlakunya masalah kulit seperti kanser dan sebagainya.

Ini kerana, sunscreen yang digunakan dapat melindungi kulit dari radiasi sinar uv matahari daripada terus menembusi kulit anda.

Jadi sebelum melangkah keluar dari rumah pastikan anda sudah mendapatkan pelindungan buat kulit agar ia kekal sihat dan cantik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.