fbpx
Now Reading
Ini Bahan Dalam ‘Skincare’ Yang Perlu Dielakkan Jika Anda Sedang Hamil [Video]

Ini Bahan Dalam ‘Skincare’ Yang Perlu Dielakkan Jika Anda Sedang Hamil [Video]

Menurut Dr Shamina, penggunaan bahan-bahan tersebut dalam produk penjagaan kulit boleh membahayakan kandungan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah, setiap wanita pastinya ingin memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri-seri meskipun dalam keadaan sedang hamil.

Malah kecantikan kulit yang dimiliki juga boleh membuatkan si ibu lebih berkeyakinan tinggi. Walau bagaimanapun, tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa kandungan di dalam produk penjagaan kulit tidak boleh digunakan oleh ibu hamil.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Shamina Kamal menerusi satu hantaran video di TikTok miliknya.

Menurutnya terdapat beberapa jenis bahan yang tidak boleh digunakan oleh para ibu hamil, ini kerana bahan tersebut boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.

Oleh itu, buat wanita mengandung pastikan bahan-bahan ini tidak terkandung di dalam produk penjagaan kulit yang digunakan.

Bahan yang tak boleh digunakan adalah:

#1 Retinol

Foto: Pexels

Menurut Dr Shamina semua yang berkaitan dengan retinol tidak boleh digunakan seperti retinol, retinoid, tretinoin, isotretinoin.

Ini kerana bahan ini mempunyai dos yang sangat tinggi dengan vitamin E.

“Ia memang bagus untuk rawatan jerawat, mengurangkan kedut ia memang bagus, tetapi ibu yang mengandung tidak boleh memakai ini kerana ia berkaitan dengan abnormaliti bayi.

“Khususnya sewaktu di awal pembentukan janin bayi,” katanya.

Antara abnormaliti yang boleh dibentuk oleh bayi adalah:

  • Sistem saraf bayi
  • Otak
  • Kepala bayi

Maka kepada sesiapa yang sedang hamil anda tidak dibenarkan untuk mengambil bahan seperti retinol.

Manakala bagi wanita yang sedang merancang kehamilan berhenti mengambil bahan ini sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum merancang.

#2 Hydroquinone

Kebiasaannya hydroquinone digunakan untuk ‘bleaching skin’ oleh pakar kulit.

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa produk di luar sana yang mempunyai hyroquinone dan ia juga tidak bagus kepada bayi dalam kandungan.

Ini kerana ia boleh mengubah reaksi bio kimia di dalam kandungan. Jelas Dr Shamina tiada uji kaji yang terperinci dibuat kepada ibu mengandung namun kesemua data yang dikumpul berdasarkan kes individu yang direkodkan.

#3 Formaldehyde

Foto: Pexels

Kata Dr Shamina, bahan formaldehyde ini terkandung di dalam beberapa produk penjagaan kulit oleh itu para ibu perlu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian atau menggunakan produk sedia ada.

“Kebanyakan produk kecantikan pada hari ini sudah tidak ada Formaldehyde ini namun masih perlu diteliti terutama bagi jenama yang sudah lama.”

#4 Chemical Suncreen

Bahan ini tidak digalakkan namun tiada sebarang bukti yang kukuh menyifatkan ia tidak boleh dipakai oleh ibu mengandung.

“Chemical sunscreen ini seperti oxybenzone, avobenzone adalah termasuk dalam golongan chemical sunscreen. Yang macam zinc oxide yang terdapat dalam kebanyakan suncreen itu adalah barrier suncreen,” katanya.

Tambahnya, barrier sunscreen adalah okay dan selamat kepada ibu mengandung kerana dia tidak menyerap ke dalam badan berbeza dengan chemical suncreen.

Malah ujarnya ia juga boleh mengganggu hormon seperti sistem endokrin seseorang individu.

“Oleh disebabkan itu, terdapat beberapa uji kaji kecil yang mengatakan ia boleh berkait dengan obesiti, ADHD, atau perkembangan bayi apabila sudah dilahirkan.”

Walau bagaimanapun Dr Shamina menegaskan yang paling penting untuk dielakkan adalah Retinol manakala yang lain adalah tidak wajib namun baik jika dielakkan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang bertanya kepada Dr Shamina adakah penggunaan seperti salicylic acid, Glycolic acid, niacinamide boleh digunakan ketika mengandung.

Dr Shamina kemudian menjawab kesemua bahan itu boleh digunakan manakala dos tinggi BHA seperti yang diberikan oleh doktor tak digalakkan. Namun sekiranya ia hanya di dalam toner yang dipakai satu ke dua kali sehari dibenarkan.

Manakala bagi para ibu yang sudah melahirkan dan sedang menyusukan bayi, anda boleh menggunakan bahan-bahan tersebut seperti biasa kerana bayi tidak lagi membesar di dalam kandungan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.