fbpx
Now Reading
Bekas Staf TNB Kongsi Tips Kurangkan Bil Elektrik

Bekas Staf TNB Kongsi Tips Kurangkan Bil Elektrik

Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan bagi mengawal penggunaan elektrik sekaligus mengurangkan kos bil setiap bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, Suruhanjaya Tenaga (ST) sebelum ini memaklumkan kerajaan pada 13 Disember 2023 telah bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah ICPT dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna di Semenanjung kecuali pengguna di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.

Ini bermakna sekitar 1.2 juta pengguna elektrik domestik dengan kadar bil bulanan anggaran RM220 bakal mengalami kenaikan bil bulanan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Satu cara untuk mengelakkan perkara ini terjadi adalah dengan memastikan penggunaaan bil elektrik bulanan di rumah anda adalah bawah RM220 sekaligus layak mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.

Persoalannya, bolehkah kita mengawal penggunaan elektrik harian?

Jawapannya ya! Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan bagi mengawal penggunaan elektrik.

Baru-baru ini, seorang pengguna X (@joeboyking93) yang difahamkan bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berkongsi info serta tips untuk mengurangkan bil elektrik pengguna di rumah.

Antara tips yang dikongsikannya adalah:

#1 Guna Portable Power Station Dengan Solar Power Input

Portable power station yang mempunyai input tenaga solar membolahkan kita untuk mendapat sumber tenaga dari alam semula jadi.

Untuk menggunakannya senang sahaja, anda hanya perlu meletakkan solar panel yang telah disambungkan ke alatan tersebut di bawah matahari bagi menyimpan tenaga janaan solar.

Alat itu juga boleh digunakan untuk tiga ke empat jenis peranti dalam waktu yang sama seperti laptop atau telefon (bergantung kepada jenis soket output). Sekiranya berlaku blackout di rumah, alatan tersebut mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Nak bawa berkhemah pun boleh!

Senang cerita memang wajib ada satu di setiap rumah.

Baca review kami tentang EcoFlow Portable Power Station di sini : [Review] Portable Power Station Jenama EcoFlow Ini Jadi Pilihan Team BuzzKini Semasa Camping

portable power station
Foto: BuzzKini

#2 Tukar mentol kepada lampu Jenis LED

Penggunaan lampu LED (diod pemancar cahaya) mampu mengurangkan bil api di rumah sehingga 25 ke 30%. Buat anda yang berminat untuk bertukar ke lampu jenis itu, jangan lupa periksa dulu pada bahagian pembungkusan sama ada ia mempunyai cop SIRIM atau tidak.

Cop itu berfungsi sebagai satu indikator sama ada alatan tersebut memenuhi spesifikasi keselamatan bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan serius.

Kenapa lampu ini menjimatkan tenaga? Hal ini kerana ia menggunakan kapasiti tenaga paling minimum selain tidak bergantung pada haba untuk mengeluarkan cahaya.

Sumber: ERomman

#3 Tukar Kepada Peti Ais Jimat Elektrik

Peti ais jenis jimat elektrik diuji, dinilai dan diberi skor sama ada alatan itu mengikut kriteria ditetapkan oleh ST bagi Standard Prestasi Tenaga Minimum (MEPS)

Barangan elektrik yang memenuhi syarat kemudiannya diberikan skor antara 1-5 bintang bintang.

Secara asasnya, label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Dengan ini anda boleh menentukan sama ada penggunaan alatan tersebut mampu mengurangkan kos bil elektrik di rumah atau tidak.

Jadi, kalau anda pergi ke kedai peralatan rumah untuk membeli peti ais baru, jangan lupa cari yang jenis jimat elektrik. Sebaiknya pilih yang 5 bintang ok? Meskipun agak mahal sedikit berbanding yang skor bintangnya lebih rendah, ia lebih menjimatkan elektrik untuk kos jangka masa panjang.

Biar alah membeli tapi menang memakai!

Tips tambahan dari kami: Nak lebih kurangkan penggunaan tenaga elektrik peti ais anda? Elakkan dari membuka pintu peti sejuk dengan kerap.

Sumber: Shoptrack/X (@joeboyking93)

#4 Guna Penghawa Dingin Dengan Betul

Kalau anda perasan di sesetengah rumah, pasti mereka akan menetapkan suhu aircond mencecah 16 celcius ekoran cuaca di Malaysia yang panas. Namun tabiat tersebut akan memberi implikasi terhadap bil elektrik yang tinggi pada setiap bulan.

Baca Artikel Berkaitan: Bil Elektrik Tinggi Kerana Guna Aircond? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik

Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, anda haruslah menggunakan penghawa dingin dengan cara yang betul seperti:

  • Memilih horse power (hp) mengikut kapasiti ruangan rumah.
  • Pastikan pilih penghawa dingin dengan skor 5 bintang.
  • Menetapkan suhu pada 25 hingga 28 celcius.
  • ‘Set timer’ agar penghawa dingin berhenti secara automatik pada waktu tidak digunakan.
Sumber: Pexels

Mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang tersebut, Joe berkata dia berjaya mengenak pasti beberapa model jenama penghawa dingin berkualiti tinggi, murah dan mudah untuk dipasang. Antaranya adalah:

  • Midea 1.5 HP Xtreme Save R32 Inverter Air Conditioner.
  • TCL 1.0 HP Non-Inverter Air Conditioner.
  • Toshiba 1.0/1.5 HP Air Conditioner R32 High Power.
  • Sharp 1.0/1.5 HP J-Tech Inverter.
  • Haier DC Inverter R32 Smart Clean Expert.

#5 Jangan biar peralatan pada soket

Selain daripada tips yang dikongsikannya, anda juga boleh mula mempraktikkan untuk tidak membiarkan alat elektronik yang tidak dipakai bersambung ke soket elektrik.

 Yang ini paling ramai yang terlepas pandang!

Kebiasaannya membiarkan perkakas atau alatan elektronik seperti komputer terpasang ketika tidak digunakan boleh menjadikan elektronik anda bertukar menjadi mod siap sedia (standby). Walaupun ia boleh dikatakan agak menjimatkan namun ia masih menggunakan tenaga elektrik.

 Sebaiknya matikan kontak utama dan cabut semua soket yang tidak digunakan.

Kepentingan Penjimatan Elektrik

Lazimnya, anda mengetahui penjimatan elektrik di rumah mampu mendorong kepada bil yang lebih murah. Namun begitu langkah penjimatan itu juga mampu kebaikan kepada perkara lain.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: TNB

Antara kepentingan penjimatan elektrik yang disenaraikan oleh pihak TNB adalah:

  • Dapat menangani masalah perubahan iklim.
  • Kelestarian alam sekitar.
  • Elak pembaziran tenaga.

Baca Artikel Berkaitan: TNB Kongsi Tips Berguna Untuk Jimat Elektrik Ketika PKP

Baca Artikel Berkaitan: Tak Dapat Kawal Bil Yang Tinggi? TNB Kongsi Tips Jimat Elektrik Di Musim PKP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.