Now Reading
Lelaki Ini Berdiri 6 Jam Dalam Penerbangan Agar Isterinya Dapat Tidur Dengan Selesa

Lelaki Ini Berdiri 6 Jam Dalam Penerbangan Agar Isterinya Dapat Tidur Dengan Selesa

Sesiapa sahaja yang menaiki penerbangan lebih dari beberapa jam pasti akan mengeluh sakit-sakit badan kan? lagi-lagi kalau seat yang anda dapat ruangan nya agak kecil dan sempit. Memang nak tercabut rasa badan sementara nak tunggu sampai ke destinasinya.

Lainlah kalau anda memang masyuk sehingga sanggup menempah penerbangan jenis premium seperti 1st class, Business class ataupun Premium Flatbed macam AirAsia tu.

Sekarang cuba bayangkan pulak kalau anda terpaksa berdiri selama beberapa jam kerana terpaksa memberi tempat duduk anda untuk orang yang anda sayang .

Ini yang terjadi pada lelaki ini.

Foto nya di muat naik oleh seorang pengguna ,  Courtney Lee Johnson mengenai lelaki berkenaan yang dikatakan berdiri selama 6 jam di dalam pesawat penerbangan, semata-mata untuk memberikan keselesaan buat isterinya yang sedang tidur.

Courntney Lee, seorang Life Coach dari Indiana, US memuat naik gambar tersebut kerana begitu teruja dengan tindakan lelaki yang tidak di kenali itu. Malah turut menyatakan yang perbuatan lelaki itu adalah “cinta yang sebenar”

Lelaki ini berdiri sepanjang 6 jam penerbangan supaya isterinya dapat tidur dengan selesa. Ini yang dinamakan cinta sebenar – Courtney Lee Johnson

Bagaimanapu netizen di sana, sama seperti perilaku sesetengah Netizen di Malaysia, rata-ratanya tidak gembira dengan keadaan berkenaan malah ramai yang mengecam tindakan isteri lelaki terbabit. Malah ramai juga mengecam tindakan suaminya.

Tidak kurang juga yang geram dan menggelar lelaki tersebut seorang loser  kerana membiarkan isterinya selesa sedangkan dia terpaksa kaku berdiri di sebelah tempat duduk mereka. Malah ada yang turut bergurau dengan menyatakan ” Kalau ini dinamakan cinta, aku lagi rela keseorangan”

See Also

Seorang Isteri yang teruk – Flash Gordin

Itu bukan dinamakan cinta, itu hanya mementingkan diri sendiri. Takkan dia tak boleh letak kepala nya di bahu si suami dan tidur. Cinta tak begitu – Jessica

Saya takkan biarkan suami saya berdiri walaupun untuk 10 minit. Saya lagi sanggup tidur di peha nya yang sebenarnya lagi selesa. Atau rehat dengan bersadar pada kerusi. Kenapa sanggup biarkan suami anda berdiri selama 6 jam

Kalau itu namanya Cinta , baik lagi saya keseorangan- Dwmanut

Carian kami bagaimanapun gagal menemui sebarang maklumat mengenai pasangan suami-isteri berkenaan, malah  jenis penerbangan yang mereka naiki juga tidak di ceritakan oleh Courtney Lee. Jurulatih kehidupan yang sentiasa positif itu langsung tidak melayan komen negatif yang menghujani perkongsiannya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.