fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Berebut Pam NGV, Seorang Warga Emas Mati Di Sungai Besi

Hanya Kerana Berebut Pam NGV, Seorang Warga Emas Mati Di Sungai Besi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benar kata orang, pergaduhan atau pertelingkahan langsung tidak menguntungkan, hanya mencederakan, malah mungkin menyebabkan kematian.

Itu yang terjadi di sebuah stesen pam di Sungai Besi, apabila seorang warga emas maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lagi warga emas hanya kerana berebut pam gas NGV.


Kejadian yang berlaku di sekitar jam 11 pagi semalam, 11 Februari di stesen Petronas di Jalan Sungai Besi benar-benar mengejutkan orang ramai apatah lagi kedua mereka merupakan warga emas.

Memetik Harian Metro, mangsa pemandu teksi yang berusia 61 tahun itu dipukul sehingga mati oleh seorang kenalannya juga seorang pemandu teksi kerana tidak berpuas hati apabila salah seorang dari mereka memotong barisan untuk mengisi gas NGV.

Saksi kejadian, Imran berkata ketika kejadian hanya terdapat dua teksi di pam NGV berkenaan namun dia tidak pasti apa sebenar punca pergaduhan.

Sumber: Twitter

“Berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan.

“Ketika itu saya baru tiba dan seorang pekerja pam minyak warga Bangladesh sedang menjaga pam berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata mayat pemandu teksi warga tempatan itu ditemui terbaring di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bergelut dengan seorang lagi pemandu teksi berusia 65 tahun,” katanya kepada portal berkenaan

“Suspek yang berusia 65 tahun dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut. Polis juga akan melakukan rakaman awal percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.