fbpx
Now Reading
Naim Daniel Masih Belum Terima Bukti Daripada Dayana

Naim Daniel Masih Belum Terima Bukti Daripada Dayana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selesai Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang berlangsung pada awal bulan ini, timbul pula satu kontroversi berkenaan lagu yang menjuarai anugerah tersebut, Sumpah yang dinyanyikan oleh Naim Daniel.

Namun sehingga kini beliau mendakwa belum menerima bukti daripada bekas kekasihnya, Dayana Armeda berhubung isu hak penciptaan lagu Sumpah yang mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, awal bulan ini.

Naim mendakwa, syarikat pengurusannya, World Peace (WP) Entertainment Sdn Bhd masih belum menerima sebarang e-mel daripada Dayana berhubung isu dibangkitkan.

Melalui BH Online, Naim berkara, “Setakat ini, tiada apa-apa bukti yang dikirim melalui e-mel kepada pihak pengurusan saya. Mengenai langkah seterusnya, saya serahkan kepada syarikat rakaman untuk membuat keputusan.”

Rabu lalu, pada sidang media, Dayana yang mendakwa dirinya bekas kekasih Naim, memberi tempoh seminggu kepada penyanyi itu untuk membuat pengakuan terbuka berhubung isu penciptaan lagu Sumpah.

BACA : “Saya-tak-nak-duit-apa-yang-saya-mahukan-hanyalah-kejujuran” – Dayana-minta-Naim-Daniel-jujur-mengenai-lagu-Sumpah.

Dayana mahu pemenang trofi utama Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 itu bersikap jujur mengenai apa yang didakwa hak penciptaan bersama lagu berkenaan.

Dalam kenyataan balas, WP Entertainment mahu Dayana mengemukakan bukti kukuh lagu Sumpah adalah milik dirinya dan artis naungan mereka.

BACA : “Sila-kemukakan-bukti”- Naim-daniel-jawab-dakwaan-Dayana-lagu-sumpah-dicipta-bersama

Syarikat itu dalam kenyataan menyebut, sejak April tahun lalu, hak cipta lagu Sumpah menjadi milik Naim sebagai penulis lirik, manakala gubahan lagu dihasilkan bersama Omar K.

Bagaimanapun, WP Entertainment sedia menimbang tuntutan Dayana Amerda atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 21, jika isu dibangkitkan benar dan muktamad.

Sementara itu, wakil WP Entertainment mengesahkan belum menerima maklum balas daripada Dayana.

“Kami hanya menunggu bukti yang didakwa dimiliki pihak sebelah sana (Dayana). Jika mereka ada bukti, barulah kami memikirkan tindakan yang boleh diambil.

“Setakat ini, tiada tindakan yang dapat diambil,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.