fbpx
Now Reading
Tamak Punya Pasal, Kilang Di Thailand Di Tangkap Seterika & Bungkus Mask Supaya Nampak Baru Untuk Dijual

Tamak Punya Pasal, Kilang Di Thailand Di Tangkap Seterika & Bungkus Mask Supaya Nampak Baru Untuk Dijual

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan COVID-19 dilihat semakin membimbangkan. Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh KKM Putrajaya, kematian yang melibatkan Coronavirus itu kini telah melebihi 3840 di seluruh dunia. 

Namun di sebalik kebimbangan masyarakat, sebuah kilang kitar semula di Saraburi, Thailand tergamak menjual semula topeng muka yang sudah dipakai dan dijual seperti baru demi mengejar untung semata-mata.

Namun operasi mereka berjaya dihidu masyarakat setempat yang kemudian melaporkannya kepada polis mengakibatkan kesemuam mereka di tangkap dalam satu serbuan yang dilakukan pada minggu lalu.

Menurut Somsak Kaewsena, Ketua Polis Daerah Wihandaeng , sewaktu serbuan di lakukan, beberapa orang pekerja kilang dilihat sedang menggosok topeng muka yang sudah digunapakai untuk dijual kembali kepada pelanggan.

Difahamkan mereka kemudiannya akan melipatnya dan membungkus topeng yang sudah di gosok ke dalam kotak supaya kelihatan baru bagi memperdayakan pelanggan mereka

Hasil serbuan berkenaan, Pihak polis turut menahan enam orang pekerja yang ketika ditangkap sedang mengasingkan topeng muka yang baru sahaja mereka mereka perolehi daripada pembekal yang tidak dikenali.

Menurut seorang dari pekerja berkenaan, mereka dibayar sebanyak 1 bath (10 sen) untuk satu topeng dimana setiap dari mereka kebanyakannya berjaya mengitar semula lebih kurang 300-400 topeng setiap hari.

Sebagai tindakan lanjutan pihak polis kemudian menghubungi Pejabat Kesihatan Awan Wihandaeng dan mengarahkan mereka untuk melakukan pendakwaan ke atas kilang terbabit

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.