fbpx
Now Reading
Wanita Ini Jana Pendapatan 4 Angka Hanya Jual ‘Super Ring’

Wanita Ini Jana Pendapatan 4 Angka Hanya Jual ‘Super Ring’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa bulan ini netizen negara kita hangat bercerita mengenai snek kegemaran rakyat Malaysia iaitu Super Ring.

Bermula dari kisah Super Ring yang menjadi popular di Korea Selatan dan Amerika Syarikat pada penghujung tahun lalu gara-gara kisah Jennie dan Jisso Black Pink yang berkunjung ke kedai serbaneka 7e semata-mata untuk mencari snek berkenaan menjadi tular di media sosial.

Nama snek ini sekali lagi menjadi topik hangat namun kali ini di dalam negara sehingga menjadi meme di kalangan netizen pada bulan ini selepas viral video seorang wanita yang melakukan protes agak melampau ekoran suasana politik negara yang sedang hangat ketika itu.

Namun di sebalik semua kisah popular mengaitkan snek ini, seorang suri rumah yang juga merupakan seorang peniaga online, Rabiatul Adilah mampu menjana pendapatan tinggi hanya dengan menjual snek berkenaan di platform eBay.

Memetik mStar, Rabiatul yang sudah setahun berniaga secara online menjelaskan snek berkenaan secara tiba-tiba mendapat pemintaan yang tinggi daripada ramai pembeli luar negara sejak seminggu lalu.

Namun agak mengejutkan kerana snek berharga RM1.60 itu boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kerana harga jualannya mencecah AS$12 (RM50) di Amerika Syarikat.

Rabiatul mula berjinak dalam perniagaan online berkenaan selepas melihat rakan-rakannya yang mampu menjana pendapatan lumayan difahamkan sudah berniaga.

“Bila lihat kawan-kawan yang mampu jana pendapatan sehingga empat angka, saya teringin nak cuba. Sebelum ini saya hanya suri rumah dan ada juga menjalankan perniagaan menerusi Facebook.

Selain Super Ring, Adilah juga pernah mendapat permintaan yang tinggi untuk ubat nyamuk

“Pernah satu ketika, saya dapat permintaan untuk ubat nyamuk yang berbentuk kepingan itu sehingga 24 bungkusan dalam masa dua hingga tiga hari.

“Dan permintaan itu datang dari Finland. Dalam kepala terlintas ‘banyak sangat ke nyamuk dekat sana’. Itulah antara barang unik yang pernah saya jual,” ujarnya sambil berkata, permintaan terhadap petai dan tempe juga tidak kurang hebatnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.