fbpx
Now Reading
Amy Search Berang Nabila Huda Kena Kerja Sewaktu Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Amy Search Berang Nabila Huda Kena Kerja Sewaktu Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B94VjBepGng/

Rasanya semua orang tahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun bermula sehingga 31 Mac 2020

Namun sikap segelintir masyarakat negara kita yang umpama memandang ringan bahaya wabak pandemik tersebut seakan tidak menghiraukan perintah kawalan pergerakan yang dikenakan sehingga memaksa Perdana Menteri untuk membuat perutusan khas merayu agar semua rakyat mematuhi arahan tersebut

Bukan sahaja rakyat biasa terbaru tular di media sosial apabila posting pelakon Nabila Huda yang difahamkan masih lagi bekerja walaupun Perintah Kawalan Pergerak sudahpun masuk hari ke 2.

Menerusi Instagram Nabila dilihat berkongsi foto menu makanannya iaitu mee segera memandangkan dia berjauhan dari rumah kerana sedang bekerja di satu set pengambaran di Kelantan.

“Tengok semua post Day 1 #lockdownmenu  Here goes mine while I’m in Kelantan. Still working, away from home

“Kena stay hotel, paling perit nak terima, takde kitchen Nak masak..” tulis Nabila Huda sebagai kapsyen.

Walaupun niat pelakon berusia 34 tahun itu dilihat lebih berkisar mengenai menu makanan, posting itu bagaimanapun mendapat perhatian serius dari bapanya lagenda rock negara, Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi bin Abdul Rahman

Menerusi komen yang ditulis Amy,  dia boleh dikatakan berang dengan sikap syarikat produksi berkenaan krew yang padanya melanggar arahan yang dikuatkuasakan kerajaan.

Apa-apa pun diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, dan seharusnya semua orang ambil maklum yang arahan yang dikuatkuasakan kerajaan mengatasi arahan yang dikeluarkan oleh majikan untuk memaksa pekerja datang bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.