fbpx
Now Reading
Santai Di Sidang Media, Lelaki Ini Kongsi Maksud Disebalik Penampilan Perdana Menteri

Santai Di Sidang Media, Lelaki Ini Kongsi Maksud Disebalik Penampilan Perdana Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, boleh dikatakan perkara yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai adalah sidang media atau perutusan khas dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana, kemunculan PM bermakna akan ada ‘perkara besar’ atau benda penting yang akan diumumkan.

Namun topik kali ini lebih kepada penampilan beliau yang kerap tampil santai tanpa sebarang formaliti khusus seperti penggunaan blazer dan lengan baju terlipat sewaktu mengadakan sidang media tersebut.

Menurut seorang perunding imej, Asnawi Yusof, pemilihan pakaian perdana menteri itu dilihat bijak kerana menurutnya dalam konsep berpakaian, ada beberapa perkara yang memberi kesan psikologi manusia.

Walaupun tidak 100% benar, namun gaya pemakaian mampu memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada yang melihat dan mendengar.

“Contoh paling mudah adalah apabila kita tengok seorang warga emas memakai kopiah, berjanggut sederhana panjang dan percakapan sentiasa berlandaskan agama, automatik kita akan memanggilnya ‘tuan haji’.
 
“Tengok orang pakai sut, bertali leher dan berkasut hitam oxford, sambil bercakap guna iPhone 11 Pro, automatik kita akan kata ‘dia orang berjaya’ atau ‘anak orang kaya’,” katanya lagi.

Tambah perunding imej ini, Muhyiddin disewaktu muncul dia dua sidang media sebelum ini telah memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal dan satu lagi dengan kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan. Yang pasti di dua sidang media ini beliau tampil tanpa memakai blazer.

“Tan Sri masa announce berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga pengumuman perihal keadaan semasa Covid-19, beliau memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap bercorak minimal dan juga kemeja biru cair bersama tali leher biru medium bercorak titik halus dan kedua-dua sesi beliau tak memakai blazer.

“Psikologinya, beliau kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang ‘maklumat tersembunyi’ yang disimpan, dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dan formaliti dikurangkan tanpa blazer supaya rasa lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa.

Ini sedikit berbeza dengan penampilan Perdana Menteri itu sewaktu Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada 27 Mac lalu, dimana beliau memilih mengenakan sut penuh berserta tag nama dan tali leher biru.

“Lagi menarik apabila perkataan yang diguna pakai dalam ucapan Tan Sri adalah majoriti Bahasa Melayu untuk kebanyakan rakyat Malaysia dengan terma layman (bahasa mudah difahami) dalam masa yang sama, beberapa ayat bahasa Inggeris untuk merasa lebih dekat dengan masyarakat bandar dan elite people.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.