fbpx
Now Reading
Pandu Lalu, Tempah Dan Ambil, E-Bazar, Tidak Dibenarkan Sepanjang Ramadhan
ismail sabri

Pandu Lalu, Tempah Dan Ambil, E-Bazar, Tidak Dibenarkan Sepanjang Ramadhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) menerusi satu sidang media harian pada khamis mengumumkan bahawa sebarang penjualan seperti E-Iftar, E-Bazaar, pada bulan Ramadan adalah sama sekali tidak dibenarkan.

Menurutnya lagi selain itu, penjualan seperti pandu lalu, tempah dan ambil juga turut tidak dibenarkan.

Perkara itu diputuskan selepas mesyuarat hari ini bersama Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya di Putrajaya hari ini.

Apa saja yang berbentuk bazar walaupun ada e-hailing tetap tidak dibenarkan. Tetapi perniagaan e-hailing biasa, perkara itu diteruskan seperti biasa”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.