fbpx
Now Reading
“Terus Kekal Di Rumah & Amal Kebersihan” – Pinta Dr Noor Hisham Sempena Hari Jadinya

“Terus Kekal Di Rumah & Amal Kebersihan” – Pinta Dr Noor Hisham Sempena Hari Jadinya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini sewaktu live sidang media harian oleh KP Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah , Facebook Kementerian Kesihatan dihujani ucapan selamat hari jadi oleh netizen kepada beliau.

Malah dilaporkan ada wakil media yang turut menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada beliau sejurus mengakhiri ucapannya walaupun difahamkan tarikh kelahiran beliau adalah pada 21 April ini.

Terbaru dalam ucapan ringkas selepas sidang media harian Covid-19 di Putrajaya petang isnin, beliau berkata dia hanya mahukan orang ramai untuk terus kekal kekal dirumah sebagai hadiah bermakna dalam memutuskan rantaian Covid-19ini.

“Sempena hari jadi saya esok, iaitu 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia, kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” katanya kepada Bernama.

Sebagai rekod Dr Noor Hisham telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013, selepas lima tahun memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) dari 29 Januari 2008.

Beliau menerima kelulusan MD, (Doktor Perubatan) pada tahun 1988 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum melanjutkan pengajian pada dalam Sarjana Pembedahan (MS) di universiti sama pada 1994.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.