fbpx
Now Reading
Netizen Setuju Saranan Peguam Agar Pemandu Mabuk Ditarik Lesen Seumur Hidup, Hukuman Berat

Netizen Setuju Saranan Peguam Agar Pemandu Mabuk Ditarik Lesen Seumur Hidup, Hukuman Berat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk bukan perkara baru lagi dalam negara kita . Saban hari pasti ada sahaja laporan membabitkan golongan tak faham bahasa ini sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat seolah tiada tindakan yang diambil terhadap golongan mereka ini.

Yang paling baru membabitkan seorang anggota polis yang maut dirempuh ketika sedang bertugas dalam Ops Covid-19 di satu sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan

Baca artikel berkaitan : https://www.buzzkini.com/trending/2020/05/05/malam-ni-last-la-kita-di-sini-antara-ungkapan-terakhir-koperal-safwan-sebelum-kemalangan/

Susulan dari kes tersebut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menuntut hukuman maksimum terhadap pemandu mabuk berkenaan. Jelasnya itu terang-terangan adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab .

Memetik Bernama, seorang peguam, Datuk N. Sivanathan menyarankan agar pemandu mabuk yang menyebabkan kematian wajar ditarik lesen mereka untuk seumur hidup serta dikenakan hukuman yang berat.

Foto : AddinDeen

Tiada alasan yang boleh diberikan

Menurut pengamal undang-undang itu lagi, sebarang alasan yang diberikan oleh golongan ini tidak dapat diterima kerana tindakan mereka adalah punca orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

“Pada masa sekarang, seseorang yang menyebabkan kematian ketika mabuk berdepan hukuman penjara tiga hingga 10 tahun serta denda RM8,000 hingga RM20,000.

“Saya berpandangan hukuman itu memadai tapi mungkin boleh ditimbang bersama-sama hukuman hilang kelayakan memandu seumur hidup bagi mereka yang disabitkan kesalahan,” katanya kepada portal berita tersebut.

Beliau turut mencadangkan agar pesalah yang tidak menyebabkan kematiaon ditarik balik lesen mereka sekurang-kurangnya selama lima tahun dan penjara mandatori enam bulan

Seorang lagi pengamal undang-undang Nor Zabetha Muhammad Nor turut dilihat sependapat dengan Datuk N. Sivanathan agar dan bersetuju penarikan lesen lesen memandu antara langkah pencegahan yang wajar ditimbangkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu beliau turut mencadangkan agar kerajaan meneliti hukuman lebih berat termasuk penjara bagi kesalahan itu sebagai satu bentuk pencegahan selain memberi keadilan kepada keluarga mangsa.

“Seolah hukuman sedia ada tidak memadai”

“Setiap tahun terdapat banyak kes melibatkan pemandu mabuk dilaporkan, seolah-olah hukuman sedia ada tidak memadai untuk mencegah orang ramai daripada melakukan kesalahan itu. Secara peribadi, saya percaya perkara ini disebabkan hukuman yang diperuntukkan tidak cukup berat.

“Individu terlibat tahu dia tidak dibenarkan memandu di bawah pengaruh alkohol kerana boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pihak lain. Namun, individu itu tidak mengendahkan perkara ini. Perbuatan ini didorong sikap pentingkan diri sendiri,” tegasnya.

Menurut undang-undang yang tersedia ada, mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol boleh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda minimum RM1,000 dan maksimum RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Netizen setuju

Susulan dari laporan yang keluarkan Bernama itu, netizen majoritinya dilihatan bersetuju dengan saranan kedua peguam berkenaan agar pemandu mabuk wajar dikenakan hukuman berat dan mandatori penjara.

Terdapat juga segelintir yang mencadangkan agar pesalah diwajibkan untuk membayar pampasan bulanan kepada waris yang terlibat

via OMM

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.