fbpx
Now Reading
Rentas Negeri : Tiada Kelonggaran Untuk Orang Bujang

Rentas Negeri : Tiada Kelonggaran Untuk Orang Bujang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tiada kelonggaran diberikan kepada individu bujang untuk aktiviti rentas negeri

Pengecualian tersebut diberikan hanya kepada pasangan suami isteri atas rasa perikemanusiaan memandangkan mereka tidak dapat bertemu anak lebih dua bulan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Atas perikemanusiaan kita hanya benarkan pasangan suami isteri yang dah dua bulan tidak berjumpa anak mereka ketika PKP.

“Kita minta bagi mereka yang bujang bersabar dulu, kita faham ada yang rindu ibu bapa mereka dan buat masa ini tiada sebarang kelonggaran dibuat jadi perlu patuh pada undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media di Putrajaya petang semalam.

Tambah beliau sekatan polis masih lagi dilaksanakan terutamanya di kawasan tol bagi laluan masuk setiap negeri dan mereka yang mendapat kebenaran polis sahaja dibenarkan untuk melepasi sekatan.

Kelonggaran hanya sekali seminggu & perlu buat permohonan

Namun begitu kelonggaran buat suami dan isteri yang tinggal dinegeri berasingan atas faktor kerja hanya diberi sekali seminggu dimana ianya perlu mendapat kebenaran dari PDRM terlebih dahulu.

“Bagi yang mahu rentas negeri perlu mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.