fbpx
Now Reading
Risteena Kecewa Perkongsian Tak Balas Mesej 30 Minit Dikecam Netizen

Risteena Kecewa Perkongsian Tak Balas Mesej 30 Minit Dikecam Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CAb9oGDp71F/

Kecoh media sosial semalam susulan perkongsian pelakon Nur Risteena di Instagram mengenai kisah tunangnya Isa Khan,  yang menjadi panik selepas gagal menghubungi Risteena selamat 30 minit.

Susulan dari itu Isa Khan telah beritndak memandu dari Cheras ke Gombak semata-mata mahu memastikan tunangnya itu dalam keadaan baik.

Perkongsian itu bagaimaapun telah mendapat kecaman hebat dari netizen sehinggakan pelakon wanita itu terasa hati.

Menerusi Instagram, Risteena menyelar tindakan netizen-netizen yang disifatkannya tidak matang. yang tidak berpuas hati dan bertindak mengecam perkongsiannya itu.

Menurutnya dia berhak berkongsikan apa sahaja di lama media sosialnya selagi tidak menggangu mana-mana orang lain

Kejadian berlaku pada waktu malam

Menurutnya kejadian tersebut berlaku pada waktu malam, malah kurang kereta yang terdapat di jalan raya. Justeru padanya adalah normal bagi seorang lelaki untuk berasa risau

“Saya mengantuk dan masa tu dah lewat malam, dan tak banyak kenderaan di atas jalan. Pada saya itu perkara normal kalau Isa risau sebab dia takut tapa-apa terjadi. Contohnya kemalangan.

Waktu perbualan yang di rekodkan pada perbualan wahatsapp lihat di sekitar 12 malam

Kalau tak risau tu dia tak normal

“Kalau orang yang kita saya atau ahli keluarga kita dalam situasi yang sama, kita pun akan risau . So normal kalau Isa risau. Kalau ada yang tak risau tu, di tak normal

“Saya kongsi dekat media sosial saya tak kacau orang ,saya tak kacau suami orang..
Sama saja korang bebas post apa saja di IG korang. “

Terima kasih pada media

Dalam pada itu Risteena mengucapkan terima kasihnya pada media kerana mengambil cerita tersebut dari sudut yang positif. Namun kurang selesa dengan tindakan sesetengah individu sehingga dia terpaksa menutup ruangan komennya.

Tak sangka manusia sekejam ini

Saya tahu manusia itu tidak sempurna, tapi saya tak sangka manusia boleh jadi sekejam ini. Tidak salah jika mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Kerana netizen juga manusia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.