fbpx
Now Reading
PM Ketuai Takbir Raya Untuk Pertama Kali Buat Netizen Terharu

PM Ketuai Takbir Raya Untuk Pertama Kali Buat Netizen Terharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rasanya umum mengetahui yang YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini sedang menjalani kuarantin 14 hari selepas seorang pegawai kanan yang menyertai mesyuarat bersama beliau disahkan positif Covid-19

Namun sebentar tadi seluruh rakyat Malaysia baru sahaja menyaksikan rakaman awal alunan takbir hari raya yang diketuai Muhyiddin bersama menteri kabinet dan barisan pimpinan kerajaan yang lain dengan mengikut penjarakan sosial

Menerusi video tersebut selain barisan menteri kabinet, alunan takbir berkenaan turut disertai muka-muka penting negara seperti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; ; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Takbir Aidilfitri 1441H oleh Menteri Kabinet Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengetuai bacaan takbir yang turut dihadiri oleh menteri kabinet lain bersama pimpinan utaa kerajaan.Rakaman ini dibuat sebelum beliau dikuarantin selepas salah seorang daripada pegawai tinggi kerajaan disahkan positif COVID-19 dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu.#LEBARANcak #LebaranAWANI

Posted by Astro AWANI on Saturday, May 23, 2020

Video tersebut nyata membuatkan ramai sebak dan terharu dimana perayaan aidilfitri tahun ini dijangka disambut sederhana susulan pelaksanaan PKPB dalam menangani Covid-19.

Ramai juga yang meluahkan rasa terharu melihatkan Muhyiddin mengetuai alunan tersebut menjadikan beliau pertama menteri pertama yang pernah mengetuai alunan takbir raya.

Selamat hari raya dari kami , dan semoga Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh rakat Malaysia dilindungi dari bahaya Covif-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.