fbpx
Now Reading
“Satu Sen Pun Saya Tak Nak”- Hans Isaac ‘Pulangkan’ Duit Gaji 13 Bulan Di Finas

“Satu Sen Pun Saya Tak Nak”- Hans Isaac ‘Pulangkan’ Duit Gaji 13 Bulan Di Finas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

13 bulan menjalankan tugas sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac nekad untuk mengembalikan kesemua gaji dan elaun yang diterimanya sebelum ini.

Tambahnya dia tidak mahu mengambil walau satu sen pun amaun tersebut dimana hasrat itu sudah lama disimpan olehnya sewaktu mula menjejakkan kaki ke Finas lagi.

Memandangkan dia tidak lagi berkhidmat bersama agensi berkenaan, dia merasakan ini waktu yang sesuai untuknya memulangkan semula wang-wang tersebut.

“Saya nak pulangkan duit itu kepada semua penggiat seni yang terjejas teruk akibat COVID-19.

“Saya akan pilih mana yang memerlukan tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir. Saya akan bantu,” katanya.

Sejak mula menjadi pengerusi, memang saya tidak mahu apa-apa daripada Finas termasuk gaji dan elaun yang diberikan.

“Sekarang saya tidak lagi dalam agensi itu, jadi sudah tiba masanya saya pulangkan semula elaun berkenaan.  

Justeru dia meminta mana-mana penggiat seni yang memerlukan bantuan untuk berjumpa dengannya

“Jadi kalau ada yang memerlukan boleh datang jumpa saya. Saya juga akan cari mereka yang terkesan akibat COVID-19,” jelasnya di satu sidang media khas di Bukit Damansara, semalam.

Hans sebelum ini dilantik menjadi pengerusi FINAS bermula April tahun lalu sebelum ditamatkan kontrak pada Meti tahun ini diman tempatnya digantikan  Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.