fbpx
Now Reading
“Itu Kawan Saya”- Seram! Main Seorang Diri, Namun Di Dalam Foto Tunjuk Sebaliknya

“Itu Kawan Saya”- Seram! Main Seorang Diri, Namun Di Dalam Foto Tunjuk Sebaliknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Alam ghaib sememangnya diakui wujud namun ianya dikatakan  terselindung di sebalik pandangan kita sebagai manusia biasa. Malah sebagai orang islam kita dituntut mempercayai kewujudan perkara tersebut dengan syarat tidak sampai ke tahap melakukan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul.

Namun tak semua orang berpeluang untuk merasai pengalaman berdepan alam ghaib dan mistik ini. Yang pasti ramai berharap agar mereka tidak ditemukan atau berselisih dengan perkara-perkara sebegini kerana khuatir yang mereka pasti ‘tumbang’

Namun foto seorang kanak-kanak di Filipina menjadi tular selepas dia didakwa bergambar bersama satu entiti misteri sedangkan dia ketika itu sedang bermain berseorangan di sebuah taman permainan di sana.

Gambar tersebut mula tular selepas dikongsikan satu laman facebook popular di sana yang mendakwa gambar tersebut terlebih dahulu tular di Twitter.

Penjaganya yang menyedari kewujudan individu lain di dalam gambar berkenaan, kemudiannya bertindak menyoal kanak-kanak terbabit sebelum si kecil menjawab : “Oh itulah Beto! “

Jawapan itu ternyata mengejutkan penjaganya memandangkan kanak-kanak berkenaan difahamkan mempunyai seorang rakan imaginasi yang diberi nama Beto.

Meskipun kesahihan gambar serta lokasinya dipersoalkan orang ramai namun cerita ringkas mengenainya bersama sekeping gambar sudah cukup membuatkan orang ramai merasa seram sejuk.

Malah kawan imaginasi merupakan satu perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun untuk ‘mereka’ menampakkan fizikal mereka di khalayak ramai.. agak kedengaran pelik.

P/S : Qarin atau tidak wallahualam..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.