fbpx
Now Reading
Unik! Gara-Gara Covid-19 Majlis Konvokesyen ‘Drive Thru’ Jadi Pilihan

Unik! Gara-Gara Covid-19 Majlis Konvokesyen ‘Drive Thru’ Jadi Pilihan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak covid-19 memerlukan manusia untuk mempraktikkan kebiasaan baharu. Semua ini dilakukan demi memastikan kita semua selamat dari jangkitan pandemik ini.

Majlis graduasi tidak terkecuali dimana tradisi asal yang memerlukan graduan untuk duduk dan beratur sebelum mengambil skrol dan transkrip di dalam dewan kini diubah bagi menyesuaikan keadaan semasa.

Yang menariknya , ianya dilakukan di tepi jalan dan secara pandu lalu. Trend ini dilihat semakin menjadi pilihan pengurusan sekolah dan institut pengajian tinggi di beberapa tempat antaranya di Amerika Syarikat dan India.

Meskipun ianya dilakukan secara pandu lalu, majoriti graduan dan pelajar masih dilihat menggunakan jubah konvokesyen yang menjadi simbolik kepada majlis graduasi.

Cuma pendekatan yang digunakan berbeza mengikut institusi, ada yang graduannya mengambil skrol menggunakan kereta dan ada juga yang graduannya turun dan mengambil skrol di bawah manakala ibu bapa dan wakil keluaga akan menggunakan kereta untuk mengambil gambar mereka dari dalam kereta.

Di bawah kami kongsikan beberapa foto majlis graduasi drive yang bukan sahaja menarik, kreatif malah diyakini selamat!

Canadian International School di Bengaluru, India

Foto by : FarheenKHussain

Pinole Valley High School, CAlifornia

Foto by WCCUSD
Foto by WCCUSD

Gahr High School,Cerritos California

Foto : Scott Smith

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.