
Tidur Di Atas Pokok Hanya Untuk Jawab Exam, Kisah Veveonah Pelajar UMS, Buka Mata Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari ini, tular di media sosial kisah seorang mahasiswi dari Sabah Veveonah Mosibin yang sanggup berkorban untuk tidur di atas pokok hanya kerana mahukan rangkaian internet yang baik bagi menjalankan peperiksaan secara online.
Kisahnya mula menjadi perhatian netizen selepas dikongsikan di Twitter oleh seorang pengguna, Hazziq Mahmur .
Veveonah pelajar asasi sains yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah ini berasal dari Kg Sipitang, Pitas. Difahamkan gadis ini pada mulanya mempunyai sebuah pondok yang dibina khas untuk belajar secara online di pergunungan namun nasib tidak menyebelahinya selepas pondok tersebut musnah di badai angin kencang

Enggan mengalah, gadis ini kemudiannya duduk di pokok tinggi demi mendapatkan capaian internet yang lebih baik.
This story of sabahan mahasiswi breaks my heart
— Haziq Mahmur (@Haziqmahmur9) June 15, 2020
the pondok she built on a mountain for online class, collapsed when bad weather hit her pondok
Mungkin 1 perkara yg ada pada pandemik ini adalah, ia telah sedarkan kita betapa ramainya lagi Malaysian yg susah hanya untuk belajar. pic.twitter.com/7iqFZacBNl
Yang menariknya kisah Veveonah atau lebih mesra dengan panggilan Vee ini turut dikongsikan UMS di laman Facebook rasmi mereka dengan kapsyen : ” Cabaran pelajar kita untuk mendapatkan kemudahan internet di kampung”

Satu yang pasti kesungguhan Veveonah benar-benar mengharukan rata-rata netizen. Ramai yang memuji sikapnya yang begitu bersungguh-sungguh namun kisah nya juga membuka mata orang ramai bahawa ramai lagi rakyat Malaysia terutamanya di pedalaman yang terpaksa bergelut hanya untuk belajar.
Lebih memeritkan mereka mungkin gagal dalam peperiksaan sekiranya gagal mendaptkan capaian internet yang terbaik.
Ikuti pengalaman Vee di bawah :