fbpx
Now Reading
Menyampah Dengan Trump? Peminat K-Pop & Tiktok Dakwa Berjaya ‘Sabotaj’ Event Donald Trump

Menyampah Dengan Trump? Peminat K-Pop & Tiktok Dakwa Berjaya ‘Sabotaj’ Event Donald Trump

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka pengaruh K-Pop dan Tiktok untuk anak muda di Amerika Syarikat berjaya ‘melumpuhkan’ perhimpunan yang dianjurkan Presiden mereka, Donald Trump di Oklahoma pada minggu lalu.

Itu yang didakwa kebanyakan mereka di media sosial. Malahan dakwaan berkenaan dilihat selari dengan laporan media massa disana yang mendakwa dewan yang boleh memuatkan 20,000 peserta itu hanya disertai hampir 6,200 orang.

Sedangkan penganjur pada awalnya begitu yakin perhimpunan tersebut pasti dipenuhi puluhan ribu pengikut Trump malahan mereka juga mendakwa berjaya mendapat lebih 1,000,000 permohonan ; satu angka yang begitu berbeza dengan apa yang di saksikan media di lokasi perhimpunan BOK Centre, Oklahoma.

Nak tahu bagaimana mereka melakukannya?

Daftar dan pura-pura berminat untuk menghadirinya

Memetik NyTimes,  anak-anak muda yang terdiri dari peminat k-pop dan pengguna TikTok ini masing-masingnya telah mendaftar untuk menghadirkan diri di perhimpunan tersebut yang dipromosikan di Twitter oleh penganjur yang terdiri dari pasukan Trump :

Namun tindakan mereka ini sebenarnya hanyalah satu pakatan untuk mensabotaj perhimpunan tersebut di mana mereka sememangnya sudah merancang untuk tidak menghadirkan diri selepas seorang wanita ,Maryholaupp tampil dengan idea berkenaan di Tiktok.

@maryjolaupp

Did you know you can make sure there are empty seats at Trump’s rally? ##BLM.

♬ original sound – maryjolaupp
@meandyke

DO Y’ALLS THING I BELIEVE IN YOU ##BTS ##bangtanboys ##bts ##btsarmy ##army ##bighit ##bangtan ##jungkook ##taehyung ##jimin ##kpop ##stantwitter ##kpopstan

♬ original sound – meandyke

Dan hasilnya ..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.