fbpx
Now Reading
Awas! Pencinta Kucing Juga Senang Dapat Penyakit Jika Si Bulus Suka Keluar Merayau

Awas! Pencinta Kucing Juga Senang Dapat Penyakit Jika Si Bulus Suka Keluar Merayau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat pencinta kucing, melihat si bulus anda sentiasa aktif dan sihat pasti menggembirakan anda. Justeru ada yang memilih untuk melepaskan haiwan kesayangan mereka itu untuk bermain di luar kawasan rumah memandangkan ruangnya yang lebih besar

Malah ada yang turut melepaskan kucing mereka merayau jauh memandangkan mereka yakin ianya mampu pulang dengan sendirinya.

Namun perbuatan anda sebenarnya memberi risiko untuk kucing anda terdedah dan senang dijangkiti penyakit.

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat mendapati persekitaran luar sememangnya memberi risiko kepada kucing anda terkena jangkitan penyakit.

Foto : PetMD.com

Boleh terdedah menerusi sentuhan air liur dan udara

Bukan sahaja terdedah kepada virus dan bakteria melaui sentuhan bersama haiwan liar di luar, malah si bulus juga boleh dijangkiti menerusi air liur dan udara (airborne)

Antara jangkitan yang mudah dialalaminya adalah seperti penyakit ParvoVirus (FIE), Feline Coronavirus (FCov) , dan Toxoplasma Gondii iaitu sejenis parasit di dalam sel.

Tidak seperti virus dan bakteria lainnya, Toxoplasma Gondi (T.Gondii) boleh menjangkiti manusia dan penyakit itu digelar Toksoplasmosis sehingga menyebabkan kemurungan dan skizofernia.

Foto : Vet Cornell

Kerosakan tisu pada manusia

Selain itu T.Gondii yang kebiasaannya berada pada najis kucing yang sudah terjangkit mampu menyebabkan kerosakan tisu secara setempat sekiranya ia memasuki badan manusia.

Mata adalah salah satu tisu dan organ yang kerap dijangkiti parasit ini sehingga menyebabkan Uveitis (radang mata) , Retinochoroiditis (jangkitan pada lapisan retina dan choroid) dan Congenital toxoplasmosis (jangkitan kongenital yang berlaku kepada bayi dalam kandungan)

Bukan itu sahaja, kucing yang dibiarkan merayau di luar lebih mudah terdedah kepada cacing parasit. Parasit ini boleh menjangkiti anak kecil sehingga menyebabkan mereka demam, sakit perut dan lebih teruk, terkena sawan

Justeru langkah terbaik adalah agar dengan mengurangkan aktiviti luar bagi si bulus anda. Banyak je sebenarnya aktiviti yang dapat mereka lakukan di rumah.

Foto : SimplyPetSitting

Tindakan bijak anda ini semestinya dapat mengelakkan jangkitan-jangkitan yang akan membahayakan nyawa mereka serta menjejaskan kesihatan manusia.

Selain itu pastikan juga kucing kesayangan anda sentiasa di vaksin mengikut jadual bagi mengelakkan mereka mudah diserang penyakit .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.