
Netizen Teruja Penampilan Pelakon Malaysia Dalam Filem Blockbuster Korea, Peninsula
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas hampir beberapa bulan ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan wabak Covid-19, panggung wayang di Malaysia akhirnya kembali di buka bermula 1 julai lalu.
Malah beberapa filem yang ditunggu-tunggu sudahpun mula ditayangkan antaranya Peninsula, sekuel kepada filem blockbuster Korea, Train To Busan yang sudah menemui peminat di pawagam terpilih sejak semalam, 15 Julai.

Namun satu yang menarik ialah seorang pelakon Malaysia turut dilaporkan membuat penampilan secara kameo didalam filem ini.
Ianya mula menjadi perbualan hangat di media sosial selepas Youtuber , ZhafVlog (PurePixels) berkongsi perkara tersebut di laman Twitter miliknya .
Menurut Zhaf pelakon yang dimaksudkan adalah aktres Bella Rahim yang juga seorang pelakon teater.

PENINSULA ADA PELAKON MALAYSIA?!
— #ZHAFVLOG (@zhafvlog) July 14, 2020
Perkenalkan @therealbellarahim , seorang pelakon teater Malaysia yg menjadi watak cameo di dalam filem blockbuster Korea Selatan, PENINSULA! pic.twitter.com/0fnUUSFhPv
Malah aktor Hairul Azreen yang hadir menonton filem tersebut bersama beberapa rakan selebriti antaranya Fify Azmi, Harris Annuar, penerbit Adrian Teh ,dan ramai lagi turut berkongsikan perkara sama di IG Story milikya.

Perkara ini jelas menimbulkan rasa teruja di kalangan netizen meskipun penampilan Bella hanyalah sebagai Cameo apatah lagi dia membawa watak yang difahamkan mewakili rakyat Malaysia.