fbpx
Now Reading
Remaja Ini Naik Pesawat, Hanya Kerana Lambat Ke Sekolah

Remaja Ini Naik Pesawat, Hanya Kerana Lambat Ke Sekolah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pasti pernah lambat ke sekolah bukan? Melainkan anda seorang yang berdisiplin tinggi atau pun ‘perfectionist’ , kejadian sebegini sememangnya sukar dielakkan.

Selain faktor terlambat bangun (haha!) antara halangan yang menyebabkan korang terpaksa lambat ke sekolah adalah seperti faktor jarak, masalah pengangkutan, jalan sesak dan pelbagai lagi.

Namun seorang remaja di Indonesia mencuri tumpuan di media sosial apabila dia dilaporkan menaiki pesawat hanya kerana lambat untuk ke sekolah.

Farid Samu, 17 tahun berasal dari Manado difahamkan terpaksa ‘terbang’ untuk pulang selepas dia diminta hadir segera ke sekolah kerana terlibat dalam satu projek sedangkan dia pada ketika itu berada di Surabaya bersama keluarga .

Dek kerana terlalu teruja Farid merakam video pengalamannya menaiki pesawat dan dikongsikan di aplikasi TikTok pada minggu lalu.

Menerusi video tersebut anak muda ini dilihat lengkap berpakaian uniform sekolah sambil menggalas begnya. Dia juga dilihat merakam keadaan di dalam kapal seperti ruang kabin, menu sarapan yang disediakan serta tiket pesawat.

“Saya berada di Surabaya untuk majlis bersama keluarga tetapi dihubungi guru yang meminta saya pulang segera ke Manado kerana terbabit dengan satu projek di sekolah.

“Disebabkan masa yang terlalu suntuk, saya akhirnya memilih untuk menaiki pesawat pulang dari Surabaya ke Manado.

“Mujurlah saya sempat tiba di sekolah walaupun sedikit terlambat ketika itu,” katanya.

naik pesawat untuk ke sekolah

Sebelum anda jauh berfikir apa-apa, anda harus mengetahui jarak dari Surabaya ke Manado bukan hanya puluh atau ratusan kilometer sebaliknya melebihi 2,000 KM.

Menggunakan wangnya sendiri untuk membeli tiket, Farid bagaimapun tidak menyangka video pengalaman pertamanya menaiki pesawat itu menjadi tular di media sosial

Malah, dia turut terkejut apabila mendapat perkhabaran video berkenaan meraih 2.6 juta di laman sosial.

“Namun, mereka yang terdekat dengan saya menyokong dan sukakan video berkenaan,” katanya.

@frdsmu

Kangen ke Sekolah naik pesawat kek dulu lagi🥺✈️ ##part1

♬ Love Me Like You by Little Mix – 𝗳𝗿𝗱𝘀𝗺𝘂👨🏻‍✈️

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.