fbpx
Now Reading
Luahan Isi Hati BCL Menerusi Single Terbaharu ’12 Tahun Terindah ‘

Luahan Isi Hati BCL Menerusi Single Terbaharu ’12 Tahun Terindah ‘

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehilangan pasangan hidup pastinya mendatangkan kesedihan mendalam dalam hati setiap individu. Apatah lagi jika diduga dengan kehilangan insan-insan ini secara sekelip mata di saat kita masih belum bersedia.

Perasaan itu pastinya turut dirasakan Bunga Citra Lestari yang telah kehilangan suami tercinta pelakon, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari lalu.

Terbaru selepas beberapa ketika, Bunga yang lebih dikenali dengan gelaran  BCL telah melancarkan sebuah single terbaru yang bertajuk ’12 tahun terindah’ khas untuk arwah suaminya itu.

Lirik lagu tersebut yang dihasilkan sendiri oleh BCL jelas membuktikan ianya adalah satu luahan rasa rindu yang ditanggungnya selepas kehilangan arwah.

“Oh terima kasih
Tuhan tau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya”

Lebih meruntunkan jiwa apabila klip video tersebut yang memaparkan kehidupan terdahulu pasangan ini bersama anak mereka  Noah Aidan Sinclair .

Jelas bukan hanya BCL, lagu tersebut pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya bersedih terutama mereka yang pernah merasai kehilangan orang tersayang.

Terdahulu, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu difahamkan akibat serangan jantung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.