fbpx
Now Reading
Patutlah.. Ini Punca Wak Doyok Kena ‘Sound’ Dengan Netizen Mat Salleh

Patutlah.. Ini Punca Wak Doyok Kena ‘Sound’ Dengan Netizen Mat Salleh

Tapi serius style Wak Doyok pakai baju tu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CC3h0PuAno8/

Semenjak pagi tadi tular di media sosial mengenai sekeping foto milik selebriti fesyen, Wak Doyok yang difahamkan telah ditegur secara kasar oleh seorang mat salleh di laman Instagram miliknya.

Wak Doyok didalam gambar tersebut difahamkan telah mengenakan uniform lama yang digunakan askar Marine Amerika Syarikat, iaitu United States Marine Corps (USMC)

Namun disebalik perkongsian tersebut, seorang netizen dari luar negara yang dipercayai dari Amerika Syarikat telah tampil meminta Wak mengeluarkan tangannya dari poket dan mencukur jambanggnya.

Bukan itu sahaja dia juga menggunakan bahasa yang agak kasar iaitu ‘Tinhorn’ yang bemaksud seorang yang berlagak seperti mempunyai wang.

Meskipun buat kita ia hanyalah satu foto biasa, namun di pandangan lelaki tersebut Wak Doyok dilihat telah melanggar etika berpakaian yang sentiasa dititikberatkan oleh USMC iaitu dengan memasukkan tangannya kedalam poket.

Bukan itu sahaja, Wak Doyok yang sinonim dengan jambangnya juga sudah menyalahi etika berpakaian bagi tentera di sana kerana mereka sama sekali tidak dibenarkan menyimpan janggut.

“Keluarkan tangan anda daripada poket itu dan sila cukur jambang , tinhorn.

“Berhenti mengganggu seragam USMC itu,” tulis pengguna Instagram tersebut .

Mungkin buat sesetengah orang isu ini hanya kecil sahaja namun bila berbicara mengenai etika berpakaian ketenteraan ia menjadi sebaliknya.

Malah sebelum ini pernah tular di media sosial isu seorang tentera AS dikecam hebat gara-gara fotonya memasukkan tangan kedalam poket telah digunakan oleh majalah di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.