Sugu Pavithra Buang Semua Video Dari Saluran Youtube, Netizen Terkejut & Luah Rasa Sedih
Semoga semuanya baik-baik sahaja. Jangan tambah minyak dalam api gais
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pasangan youtuber sensani Sugu Pavithra yang berdepan konflik rumahtangga hingga menyebabkan penahanan M Sugu atas dakwaan mencederakan S Pavithra.
Keadaan tersebut benar-benar mengejutkan peminat dan netizen memandangkan hubungan mereka yang begitu mesra dan ceria didalam video masakan mereka.
Semua ini difahamkan berlaku apabila Pavithra dikatakan tidak menyebut nama suaminya itu sewaktu penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 pada Isnin yang lalu.
Pavithra bagaimanapun kemudiannya bertindak menarik kembali laporan polis yang dilakukannya malah bertindak memaafkan Sugu atas tindakannya.
Dia kemudiannya menegaskan bahawa mahu meneruskan kehidupan normal bersama keluarga tanpa dikenali orang ramai seperti dahulu terutamanya penerimaaan angugerah dan sebagainya namun dalam masa sama akan terus menghasilkan video masakan di saluran YouTube mereka.
Terbaru tidak sampai beberapa hari, media sosial sekali lagi kecoh apabila beberapa orang netizen mendapati saluran rasmi pasangan itu yang sebelum ini penuh dengan video sudahpun kosong tanpa sebarang konten.
Ramai berpendapat pasangan itu telah memadam kesemua video mereka ekoran dari kontroversi yang berlaku.
Meskipun tidak mengetahui apakah motif di sebalik tindakan drastik tersebut, ramai yang meluahkan rasa sedih kerana mereka kini tidak lagi berpeluang untuk menonton video masakan yang dihasilkan oleh pasangan berkenaan terutamanya aksi Pavithra yang bersahaja .