Selain Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan, Ini SOP Aidiladha Yang Perlu Anda Tahu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan telah memutuskan tiada halangan rentas negeri menjelang Aidiladha
Di media sosial, macam-macam diperkatakan mengenai perkara ini. Sebenarnya tidak ada sekatan balik kampung (menjelang Aidiladha).
“Kita jaga kita, kita kena pastikan. kita patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan
“Keputusan kita tidak ada rentas negeri atau daerah. Tidak ada, mereka bebas untuk balik,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra hari ini.
Perkara sama turut dikongsikan Majlis Keselamatan Negara melalui platform media sosial mereka
Namun selain dari kebenaran tersebut kerajaan turut menyemak semula beberapa SOP sepanjang Aidiladha yang harus dipatuhi semua orang. Di bawah kami senaraikan SOP tersebut untuk rujukan anda :
- Kerajaan menghadkan maksimum 10 ekor haiwan korban yang dibenarkan bagi sesuatu kawasan yang telah dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti masjid dan surau. Had ini bagaimanapun tertakluk kepada keluasan lokasi korban.
- Jumlah mereka yang menguruskan haiwan korban adalah 20 orang untuk setiap ekor haiwan korban.
- Jamuan makan di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus.
- Bagi jamuan di rumah, tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
- Kerajaan Pusat meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengehadkan pergerakan perjalanan antara Zon di Sarawak dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020. Mana-mana individu yang ingin bergerak antara zon hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala pergerakan dalam zon adalah dibenarkan.
Video penuh di bawah :