fbpx
Now Reading
Aplikasi Gerak Malaysia Bakal Ditamatkan Sepenuhnya Esok 31 Julai

Aplikasi Gerak Malaysia Bakal Ditamatkan Sepenuhnya Esok 31 Julai

Boleh lah dibuang dari peranti anda lepas ni

Buat semua rakyat Malaysia yang sebelum ini menggunakan Aplikasi Gerak Malaysia, aplikasi tersebut akan ditamatkan sepenuhnya bermula esok (31 Julai).

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), orang ramai diminta memadam aplikasi tersebut dari peranti mereka kerana ia tidak lagi mempunyai sebarang fungsi aktif bermula esok

Aplikasi ini sebelum ini dibangunkan hasil kerjasama PDRM dan SKMM untuk mengesan dan menyimpan rekod pergerakan yang terperinci setiap penggunanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

“Dengan pelaksanaan PKP Pemulihan sejak 10 Jun lepas, yang menyaksikan tiada lagi keperluan permit rentas sempadan negeri, PDRM dan SKMM memutuskan bahawa penggunaan aplikasi Gerak Malaysia tidak lagi diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi semua data peribadi milik pengguna akan diserah kepada Kementerian Kesihatan dan rekod pergerakan pengguna berkaitan aplikasi Gerak Malaysia yang disimpan akan dilupuskan.

Aplikasi Gerak Malaysia sebelum ini digunakan bagi mengesan kontak rapat kes COVID-19, selain membolehkan PDRM menguruskan permit perjalanan rentas sempadan negeri dan memantau jumlah pergerakan dalam masa nyata.

“Kerjasama antara PDRM dan SKMM telah menyumbang kepada kejayaan pelbagai operasi. Kerjasama baik ini akan diteruskan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan demi ketenteraman rakyat dan keselamatan negara,” katanya.

See Also

Dengan penamatan servis Gerak Malaysia orang ramai disarankan untuk memuat turun aplikasi MySejahtera bagi membantu pihak berkuasa mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19 secara berkesan

“Aplikasi ini secara asasnya digunakan untuk memperkasa penduduk Malaysia melakukan penilaian kendiri, mendapat maklumat terkini tentang COVID-19, mengetahui kawasan berisiko, mendaftar diri sebelum memasuki sesuatu premis dan lain-lain lagi,” katanya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.