fbpx
Now Reading
Apple Bakal Perkenalkan Macbook Termurah ?

Apple Bakal Perkenalkan Macbook Termurah ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan apa sahapa sahaja produk yang dikeluarkan Apple pasti meraih perhatian dari masyarakat. Malah mereka cukup dikenali sebagai sebuah syarikat yang lebih gemar menghasilkan barang flagship dan premium.

Namun semua ini dilihat berubah sejak kebelakangan ini, Apple yang baru sahaja mengeluarkan peranti phone yang lebih mampu milik seperti iPhone SE juga dikhabarkan bakal memperkenalkan varian peranti iphone 12 yang terdiri dari harga mampu milik sehinggalah ke produk flagship

Foto via Tomsguide

Terbaru, Apple yang kini sedang membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri sebagaia usaha untuk mengelakkan kebergantungan kepada cip dari Intel dijangka memperkenalkan Macbook dengan harga terendah didalam sejarah mereka.

Menerusi ura-ura tersebut ARM Macbook dengan pemproses Apple Silicon 5nm 12-core akan dipekenalkan kepada orang ramai pada 27 Oktober ini dengan harga serendah $799 iaitu bersamaan RM 3,267.50

Harga ini jelas berbeza dengan harga model Macbook Air yang terendah ketika ini iaitu $999

Bukan itu sahaja mereka juga dikatakan akan menawarkan Macbook Pro 13″ dengan harga $1,099, bermakna kurang $200 dari harga MBP 13 terkini.

Jika berita ini benar pasti ramai pengguna Macbook akan menarik nafas lega dan boleh mula mengumpul untuk menukar laptop mereka.

Bukan itu sahaja selain dua model ini, Macbook siri lainnya juga dijangka akan mengalami penurunan harga sekiranya Apple mula menggunakan pemproses baru mereka ini.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan maklumat rasmi dari syarikat gergasi itu terlebih dahulu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.