
Ini Punca Letupan Mega Di Beirut Yang Korbankan 73 Nyawa & Lebih 3000 Tercedera?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pagi ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita letupan dahsyat yang berlaku pelabuhan Beirut, Lubnan yang bukan hanya merosakkan bangunan di sekitar Berut malah turut mengakibatkan kematian 73 orang serta beribu kecederaaan.
Lebih memburukkan keadaan, impak dari ledakan tersebut menyebabkan beberapa fasiliti perubatan turut hancur musnah menyukarkan operasi merawat mangsa-mangsa memandangkan hospital juga sebelum ini dipenuhi pesakit Covid-19

Di media sosial tular beberapa rakaman video yang menunjukkan letupan awal diikuti letupan kedua yang telah menggegarkan bandar, selain menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.
New footage of the explosion pic.twitter.com/sxfPKYsQ8J
— INTELSky (@Intel_Sky) August 4, 2020
Berpunca dari Baja Ammonium Nitrat

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab dalam satu kenyataan berkata letupan berkenaan didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat (NH4NO3) yang digunakan untuk pertanian yang sudah tersimpan di kawasan gudang pelabuhan itu bertahun lamanya, dipercayai sejak 2014.
Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab.
“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.
Bahan sudah dirampas beberapa tahun lalu
Mengulas mengenai benda sama, Ketua Keselamatan Awam Lubnan, Abbas Ibrahim dalam satu kenyataan lain berkata, bahan itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan pusat beli belah dan kawasan hiburan pada waktu malam

Boleh dilihat keadaan di sana selepas letupan seperti ‘padang jarak’ dengan kerosakan maksimum. Lubnan kita bukan hanya berdepan wabak Covid-19 mereka juga perlu menanggung satu lagi bencana
Following the explosion in #Beirut, several hospitals have been destroyed, at a time when COVID-19 cases exceed 5,000 today. #Lebanon pic.twitter.com/PKiOEcOiew
— Robert Valencia (@rvalentwit) August 4, 2020
Sebelum ini, baja sama turut digunakan sebagai bom yang telah membunuh beberapa orang polis di negara Turki sehingga memaksa kerajaan mereka mengharamkan penjualan baja untuk pertanian berkenaan di negara mereka.