
“Yang Mampu Sumbangkanlah..” Cikgu Sayu Tengok Mask Murid Begitu Daif, Tali Putus & Berdaki
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kerajaan baru-baru ini terpaksa mengambil langkah drastik dengan mewajibkan penggunaan pelitup muka di kawasan umum dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
Penguatkuasaan tersebut yang sudahpun bermula 1 Ogos lalu secara tidak langsung telah memberi kesan kepada golongan yang berkemampuan memandangkan face mask perlu ditukar ganti setiap hari bagi memastikkan kebersihannya.
Namun disebalik semua itu, masih terdapat golongan yang terpaksa mengitar semula pelitup muka milik mereka atas faktor ekonomi
Terbaru seorang pendidik , Cikgu Fazri Hassan telah berkongsi satu kisah yang agak menyedihkan dimana seorang anak muridnya telah didapati menggunakan topeng muka yang begitu daif.
Bukan hanya kelihatan berdaki dan kotor, tali pelitup muka tersebut juga sudah sudah putus namun terdapat kesan benang yang ianya telah dijahit semula
Terperanjat dengan perkara tersebut cikgu pendidikan jasmani ini kemudiannya turut dimaklumkan ada segelintir pelajarnya yang akan menukar pelitup muka baru setiap beberapa hari.
Hari ini saya ambil sedikit masa berbincang dgn murid mengenai pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang sesak. Terdiam seketika saya apabila melihat pelitup muka seorang murid kelihatan kotor dan siap berjahit lagi tali dia. pic.twitter.com/5LQevPvKAm
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020

Apabila tanya murid lain ada juga yang tukar baharu selepas 2-3 hari pakai. Apa apa pun, ini sekadar kisah murid saya tapi mngkin juga boleh terjadi dgn murid murid cikgu yg lain. Semoga kita sentiasa cakna dan prihatin untuk mereka. #jomspotcheck #ayuhprihatin
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020
Selain mengingatkan orang ramai terutamanya para pendidik untuk memeriksa face mask anak murid mereka. Cikgu muda ini kemudiannya bertindak menukar pelitup rupa pelajarnya selain menyediakan face mask tambahan untuk kegunaan mendatang anak-anak kecil tersebut
Dah tukar pelitup muka murid dengan yang baharu dan siap sedia pelitup muka percuma untuk murid yang tidak berkemampuan kat kelas. pic.twitter.com/h0bxB3v2pm
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020
Menerusi perkongsian sama, Fazri turut menyeru orang ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan seperti face mask , hand wash dan hand sanitizer kepada sekolah-sekolah yang terletak berhampiran mereka.
sekolah sekolah berdekatan anda untuk membantu murid yang memerlukan..
— فزري حسن (@fazri_hassan) August 5, 2020
😊👍
Perkongsian Fazril itu jelas mendapat perhatian netizen yang berterima kasih di atas keprihatinan cikgu ini atas keselamatan anak muridnya.