fbpx
Now Reading
Gesa Kerajaan Keluar Lesen Kepada Youtuber, Syed Saddiq ‘Tegur’ Ellie Suriati

Gesa Kerajaan Keluar Lesen Kepada Youtuber, Syed Saddiq ‘Tegur’ Ellie Suriati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya gesaan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar agar kerajaan mengenakan lesen khas untuk para Youtuber bukan hanya tidak dipersetujui anak muda malah turut mendapat reaksi sama dari bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Menerusi Twitter, Syed Saddiq dilihat membalas satu tweet mengenai laporan MalaysiaKini yang bertajuk ‘Ellie desak kerajaan kenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube’

Ellie dalam laporan tersebut memberi cadangan agar kerajaan mengenakan lesen kepada pemilik saluran Youtube kerana menurutnya mereka(Youtuber) menggunakan platform berkenaan untuk menjana pendapatan.

Menurut Ellie yang juga Presiden Gabung Anak Seni, langkah tersebut demi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.

“Sebagai pemain industri kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambahbaikan dilaksana kerajaan.

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.

“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya  

Namun tambahnya saranan berkenaan hanya untuk Youtube dan bukan kepada platform lain seperti Facebook dan TikTok.

Tidak habis-habis nak sekat kreativiti anak muda

Kurang berpuas hati dengan perkara tersebut, Syed Saddiq yang menang dikenali kerap mengenengahkan suara para belia di negara ini kemudiannya memberikan komen balas melalui akaun Twitter-nya.

“Tidak habis-habis nak sekat kreativiti anak muda.

“Daripada anda membunuh kreativiti orang lain, kenapa anda dan rakan-rakan tidak sahaja mencuba untuk menjadi lebih baik (bersaing dengan YouTubers)?” soal Syed Saddiq.

“Negara lain okay ja. Tiba-tiba di Malaysia nak desak’ melesenkan’ YouTubers.

“Pelik bin ajaib,” tulis Syed Saddiq dengan nada sindiran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.