Buntu Cari Tarikh Kahwin 2021 ? Tarikh Ini Mungkin Sesuai Untuk Anda
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perancangan majlis kahwin sememangnya bukan suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu di ambil kita dan di teliti dalam memastikan majlis perkahwinan anda dapat berjalan dengan sempurna.
Selain dari faktor lokasi, pakaian, katering, makanan dan banyak lagi, pemilihan tarikh juga penting buat sesetengah orang.
Bercerita mengenai tarikh kahwin, ada yang memilih tarikh yang mempunyai sejarah tersendiri ataupun melambangkan momen penting dalam kehidupan mereka seperti hari pertama bertemu, tarikh lahir, dan sebagainya.
Namun ada juga yang lebih mengutaman majlis yang jatuh pada cuti umum.
Selain itu ada juga yang memilih tarikh cantik atau tarikh yang signifikan memandangkan ada pendapat yang mengatakan kaum lelaki mudah terlupa pada tarikh-tarikh penting termasuk tarikh kahwin.
Buat anda yang masih tercari-cari tarikh bersesuaian tahun 2020, mungkin dah tak banyak tarikh cantik untuk anda, apatah lagi situasi Covid-19 yang masih menimbulan kegusaran di kalangan orang ramai. Jadi apa kata tunggu sahaja sehingga ke tahun hadapan 2021.
Memetik hantaran yang dikongsikan Awani, di bawah kami kongsikan beberapa tarikh cantik di tahun 2021 yang mungkin sesuai untuk anda pertimbangkan bagi majlis resepsi anda :
4321 dan 12321
Ha banyak juga kan? Selain dari tarikh ini jika anda tidak keberatan untuk melangsungkan pernikahan pada hari biasa, satu lagi tarikh cantik yang kami rasakan sesuai ialah 4 Mac 2021 yang bila diringkaskan akan menjadi 4321 (khamis) dan 12 Mac 2021 yang diringkaskan menjadi 12321 (hari jumaat)
Foto Header : Freepik