fbpx
Now Reading
Terpaksa Bangkit Demi Anak, Pengorbanan Ayah Jual Sambal Bilis Buat Netizen Sebak [Video]

Terpaksa Bangkit Demi Anak, Pengorbanan Ayah Jual Sambal Bilis Buat Netizen Sebak [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular satu klip video yang dikongsikan di Twitter oleh Mohd Haizel yang diambil dari Youtuber Azfar Badrul yang mendedahkan kisah penuh suka duka seorang lelaki yang berkorban keringat demi anak-anak dan isteri tercinta

Peniaga berkenaan yang dikenali dengan nama Azhar difahamkan menjual sambal ikan yang dihasilkan isterinya di perkarangan sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak.

Dicadangkan oleh seorang penonton

Namanya dicadangkan sendiri oleh seorang penonton Azfar yang difahamkan sebelu ini pernah bertemu dan bertegur sapa dengan peniaga tersebut dipercayai di lokasi sama.

Diringkaskan, Azhar yang sebelum ini mempunyai pekerjaan bagaimanapun terpaksa berehat panjang selepas terlibat dalam satu kemalangan motorsikal bersama isterinya.

“Masa tu saya bawa moto, saya accident. Dada saya terhempap. Masa tu naik dengan wife.

“Saya memang ada gastrik, sakit ulu hati, jadi kalau lambat makan akan jadi pedih. Saya terpaksa duduk, relax dulu. Saya memang tak buat rawatan apa pun. Hanya bergantung pada ubat hospital. Sekarang dah tak ambil”

Tambah Azhar dia dan isteri baru sahaja mengusahakan sambal ikan bilis beberapa bulan lalu bagaimanapun berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan yuran persekolahan beberapa orang anak nya tertunggak.

Lebih memburukkan keadaan dia sebelum ini tidak menjalani apa-apa rawatan susulan selepas kemalangan tersebut kerana ketiadaan wang.

Namun dia bernasib baik kerana pemilik pusat tahfiz tempat anaknya belajar seorang yang bertolak ansur dan mengizinkannya menghabiskan dulu pembelajaran anaknya.

“Saya ada lima orang anak. Ini saja sumber pendapatan. Saya dan isteri buat sama-sama sambal bilis ini.

“Dalam 8 bulan saya tak bayar yuran persekolahan tahfiz anak saya. Lebih kurang dalam RM2,000 juga. Tapi ustaz tu boleh bertolak ansur. Dia kata, tak apa kalau tak bayar lagi. Bagi anak belajar dulu.

Mengakui kadang-kala masih berdepan sakit yang sama, Azhar bagaimanapun menyatakan yang dia terpaksa menggagahkan diri dan melawan sakitnya demi menyara keluarga.

Perkongsian pendek di Twitter berkenaan setakat ini sudah mendapat 36 ribu retweets serta 32 ribu tanda suka manakala video penuh di Youtube sudah mendapat 117 ribu tontonan.

Malah video ini turut mendapat perhatian pengacara dan usahawan terkenal Neelofa yang turut mendoakan agar rezeki Azhar diperluaskan dan dimurahkan.

Buat anda diluar sana yang ingin menjadi ajen atau ingin menyokong perniagaan Azhar boleh la menempah Sambal Bilis Sarina Gojes yang diusahakannya dan isteri menerusi talian 013 5247800 atau turun sendiri ke lokasi perniagaannya di hadapan Maybank dan CIMB Bank Kuala Langsar pada setiap hari dari 5 petang hingga 7 Malam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.