fbpx
Now Reading
“Tu Makan Dia” – Netizen Teruja Pemandu Samseng Kena Tahan Dengan Polis On The Spot

“Tu Makan Dia” – Netizen Teruja Pemandu Samseng Kena Tahan Dengan Polis On The Spot

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan memandu di pusat bandar setiap hari pasti akan menemukan korang dengan pemandu dengan gaya samseng yang bukan sahaja tak faham bahasa malah tak mematuhi undang-undang.

Yang paling banyak dilakukan pastinya memotong di laluan kecemasan yang jelas sebenarnya membahayakan pengguna jalanraya yang lain terutamanya kepada penunggang motorsikal

Kebanyakan mereka berani membuat kesalahan sebegini di waktu puncak memandangkan mereka biasanya terlepas daripada dikenakan tindakan. Yelah polis pun sibuk mengawal lalu lintas bukan?

Namun nasib berbeza dialami seorang pemandu kereta hitam ini. Aksi merbahayanya bukan sahaja dirakam pengguna lain, malah turut menyebabkan dia ditahan anggota polis yang kebetulan berada di sana.

Video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook  Zakirin Muhammad  dipercayai terjadi pada 8:24 pag, 19 Ogos 2020 berdasarkan takih dan waktu yang terdapat pada rakaman tersebut kemudiannya tular di media sosial

Menerusi video terebut, dapat dilihat sebuah kereta jenis Mazda 2 memotong laju menggunakan lorong kecemasan di sebuah jalan yang sedang bergerak perlahan.

Dia bagamanapun secara tiba-tiba menukar laluannya masuk ke lorong kiri sebelum menukar lagi ke lorong paling kanan secara melulu berkemungkinan telah menyedari kehadiran anggota polis di hadapan.

Namun nasibnya jelas tidak baik, menyangkakan dia terselamat dengan berpura-pura berada di lorong kanan, dia bagaimanapun ditahan selepas seorang anggota polis muncul lalu memanggilnya ketepi.

Instant karma 😝

Posted by Zakirin Muhammad on Tuesday, 18 August 2020

Menerusi ruangan komen rata-rata meluahakan rasa puas hati mereka selepas menonton video berkenaan.

Buat anda yang tertanya tanya, kesalahan memotong di lorong kecemasan adalah di bawah peraturan 5: Peraturan Lalulintas 1959 di mana anda boleh dikompaun RM300 secara serta merta jika ditahan seperti yang dikongsikan di laman Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Jadi buat semua pemandu, jadikan video ini sebagai pengajaran. Anda mungkin pernah terlepas sebelum ini , tapi ingat nasib anda tak selalunya sama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.