fbpx
Now Reading
“Saya Minta Maaf” – Daud Kim Tampil Perjelas Cerita Sebenar Isu Cubaan Rogol

“Saya Minta Maaf” – Daud Kim Tampil Perjelas Cerita Sebenar Isu Cubaan Rogol

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/chewykiss/status/1143983683679875072

Sejak semalam nama Daud Kim, Youtuber terkenal Korea Selatan yang begitu dikenali di Malaysia menjadi topik hangat di media sosial.

Semuanya gara-gara penularan satu video yang mendakwa Daum Kim atau dahulunya dikenali sebagai Jay Kim telah melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan berkongsi kepada orang ramai yang dirinya sebelum ini nyaris dirogol oleh Daud Kim semasa hari pertamanya melancong ke Korea Selatan.

Video berkenaan menyebabkan Youtuber berkenaan dikecam dan dikritik hebat oleh ramai netizen yang rata-ratanya berang dengan pendedahan tersebut.

Terbaru Bintang K-Pop itu akhirnya tampil memperjelaskan keadaan sebenar di saluran Youtubenya.

Kejadian berlaku 27 Jun , setahun lalu

Dia mengiyakan kejadian tersebut dan memaklumkan ianya berlaku di sekitar 1 tahun yang lalu, sewaktu dia masih belum memeluk agama Islam.

Mengakui dirinya mabuk ketika berjumpa berjumpa dengan dua wanita tersebut di sebuah kelab, Daud Kim kemudiannya berbual dengan mereka seterusnya bertukar-tukar nombor telefon bersama mereka.

Beberapa jam kemudian dia menghubungi seorang dari mereka untuk berjumpa sebelum pergi ke alamat yang diberikan wanita berkenaan.

Jadi pada 27 Jun yang lalu, saya telah mabuk seorang diri di kelab di Hongdae dan disana, saya berjumpa dengan 2 orang wanita. Kami berbual dan bertukar teks. Dan beberapa jam kemudian, saya menghantar mesej kepada salah seorang daripada mereka yang saya ingin berjumpa.

Dia memberikan alamat dan membenarkan saya datang ke rumahnya kerana pada ketika itu saya sangat mabuk dan berada dalam kondisi yang tidak normal.


Di rumah tersebut dia berbual sebentar bersama mereka sebelum akhirnya ‘terpadam’ memandangkan terlalu mabuk.

Namun menurut sejurus tersedar, dia terdengar seseorang menjerit ke arahnya sehingga derjatuh dari tangga. Dia yang panik kemudannya bergegas pergi dan wanita tersebut memaklumkan akan membuat laporan polis.

“Selepas mereka membuat laporan polis, mereka mendakwa saya cuba melakukan gangguan seksual. Oleh itu, saya telah disiasat oleh pihak polis. Pada mulanya saya sangka saya tidak melakukan apa-apa kerana saya tidak ingat. Dan saya juga yakin saya bukanlah seorang yang jahat.

Namun dia merasa bersalah dan tidak selesa selepas mendengar kenyataan dari pihak wanita tersebut. Daud kemudian berjumpa wanita berkenaan sekali lagi pada 5 Julai 2019 lalu memohon maaf.

Permohonan maafnya diterima malah mereka turut menyediakan dokumen mengenai perkara tersebut.

Antara butiran yang terdapat pada dokuemen tersebut adalah seperti di bawah :

  1. Mangsa mula membuat laporan di Balai Polis Seoul Mapo mengenai insiden pada 27 Jun 2019 sebagai kes gangguan seksual. Tetapi laporan dibatalkan.
  2. Mangsa telah bersetuju dan tak tidak akan mendakwa apa-apa kesalahan sivil atau jenayah.
  3. Mangsa menjelaaskan dia tidak akan menghukum Daud Kim atas kes tersebut.

Jelas Daud lagi disebabkan itu dia terlepas dari sebarang pendakwaan. Tambah Daud lagi dia juga sebelum itu ada membuat permohonan maaf di Instagramnya

Jelas Daud dia benar-benar memohon maaf orang ramai terutama pengikutnya berhubung insiden tersebut. Tambahnya lagi, dia kini sudah bertaubat dan mula berubah.

Dia juga nekad berhenti meminum alkohol selepas mengetahui betapa bahaya nya air tersebut kepada manusia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.