fbpx
Now Reading
Lelaki ‘Melayukan’ Lirik Lagu Korea Buat Ramai Geli Hati [Video]

Lelaki ‘Melayukan’ Lirik Lagu Korea Buat Ramai Geli Hati [Video]

Malah video POV Shahzakaria itu telah mengundang perhatian ramai apabila ada segelintir dari mereka turut menyanyikan beberapa lagu dengan cara yang sama sepertinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan di negara ini ramai peminat lagu-lagu Korea sejak gelombang K-wave bermula di Malaysia.

Malah lagu yang rancak dan ‘catchy’ sering kali membuatkan masyarakat di negara ini menyukainya selain penyanyinya juga turut mempunyai wajah yang comel dan cantik.

Bukan hanya itu, ada juga di kalangan peminat lagu Korea mempelajari bahasa tersebut menerusi lagu-lagu yang didengari oleh mereka.

Namun mungkin ada segelintir yang menyedari setiap kali mendengar lagu Korea atau mana-mana bahasa asing, pasti akan terselit beberapa bait dan perkataan yang sebutannya hampir sama seperti Bahasa Melayu.

Lelaki buat ramai terhibur dengan POV sewaktu nyanyi lagu Korea

Baru-baru ini, seorang lelaki telah menunjukkan sudut pandangan (Point Of View) darinya setiap kali mendengar lagu Korea sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh Shahzakaria di TikTok, awalnya dia telah memainkan lagu dari kumpulan NCT Dream bertajuk 7 Days dan dalam lagu tersebut kedengaran beberapa baris lirik berbunyi seperti Bahasa Melayu.

Malah dia hanya menunjukkan klip-klip yang memaparkan dia menyebut perkataan Bahasa Melayu yang didengar dalam video tersebut contohnya pada saat pertama adalah “abah cucu mu nikah”.

Bagi lagu kedua pula adalah Electric Kiss nyanyian kumpulan Exo yang didengari seperti “Satu kilo bergedil, satu kilo bergedil.”

Bagi lagu ketiga Overdose dari Exo yang kedengaran “Sambal goreng tertelan rojak merajuk” walhal sebenarnya perkataan-perkataan yang disebut dalam nyanyian tersebut adalah lain dan mempunyai maksud yang berbeza.

Senaraikan beberapa lagu yang kedengaran seperti menyebut perkataan Bahasa Melayu

Selain tiga lagu ini dia turut menyenaraikan beberapa lagu lain seperti Bommbayah nyanyian Blackpink, U Mad dinyanyikan oleh Bobby dan banyak lagi.

Melihat di ruangan komen, video perkongsian Shahzakaria itu turut mengundang geli hati di kalangan orang ramai.

Ini kerana ramai yang dapat ‘relate’ dengan perkara tersebut setiap kali mereka mendengar lagu yang menggunakan bahasa asing seperti Korea, English dan banyak lagi.

Malah ada juga para peminat daripada beberapa kumpulan berkenaan tidak dapat mengingat lirik yang sebenar dek kerana video tersebut.

“Abah cucumu nikah sangat real”

“Weh lagu Bobby tu memang aku selalu nyanyi macam tu”

“Adui takut esok ni dengar semua lagu ni, aku duk terngiang-ngiang lirik dia ni pula”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.