fbpx
Now Reading
Guru Di Korea Jual & Kongsi Gambar Bekas Pelajar Berpakaian Dalam, Dakwa Nak Bantu Masuk Dunia ‘Modelling’

Guru Di Korea Jual & Kongsi Gambar Bekas Pelajar Berpakaian Dalam, Dakwa Nak Bantu Masuk Dunia ‘Modelling’

Menurut guru berkenaan tindakannya itu hanya sekadar ingin membantu bekas-bekas pelajar yang ingin memasuki bidang ‘modelling’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui menjadi seorang guru bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ini kerana selain mendidik anak bangsa mereka juga perlu menjadi contoh dan model kepada para pelajar untuk diikuti.

Oleh itu, sebagai pendidik kita perlulah menunjukkan contoh yang betul agar ia dapat mendidik generasi muda bukan sahaja bagus di dalam akademik tetapi juga sahsiah diri.

Guru di Korea dikecam ambil gambar tak senonoh bekas pelajar di sekolah

Baru-baru ini, seorang guru lelaki yang berkontrak tetap di sebuah sekolah di Seoul, Korea Selatan telah dikecam kerana menggunakan sekolah sebagai tempat mengambil gambar bekas-bekas pelajarnya dengan pakaian yang tidak senonoh untuk media sosialnya.

Guru yang dirahsiakan identitinya itu telah mempunyai akaun media sosial sejak tahun 2017.

Turut muat naik sebanyak 1,600 gambar tak senonoh di Instagram

Apa yang lebih mengejutkan dia juga telah memuat naik sekitar 1,600 gambar wanita dengan pakaian tidak senonoh di Instagram dan akaun terbabit turut mempunyai jumlah pengikut yang ramai iaitu 87,000.

Guru terbabit didakwa telah mengambil gambar-gambar tersebut di beberapa kawasan dalam sekolah seperti bilik guru dan juga bilik komputer dengan menunjukkan model individu dengan pakaian seragam sekolah, lapor The Straits Times.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pelajar mahupun staf lain turut berada di kawasan berkenaan ketika gambar tersebut diambil.

Pendidik itu turut dilaporkan bertindak menjual gambar terbabit dalam bentuk buku album.

Hanya mahu membantu bekas-bekas pelajar yang nak jadi model

Namun jelas guru lelaki berkenaan tindakannya itu hanya sekadar untuk membantu bekas-bekas pelajarnya yang ingin mencuba untuk memasuki bidang ‘modelling’.

Selain itu dia turut menyatakan telah meletakan syarat umur minimum pada akaun terbabit untuk menghalang kanak-kanak di bawah umur melihat hantaran berkenaan.

Menerusi laporan, guru berkenaan telah menandatangani kontrak bersama sekolah lain dan difahamkan masih lagi belum dipecat dari jawatan yang disandangnya.

Berdasarkan Akta Pegawai Pendidikan Awam, guru berasaskan kontrak yang belum bekerja secara tetap di sekolah tidak akan dikenakan tindakan tatatertib mahupun dibuang kerja.

Walau bagaimanapun pengetua sekolah berkuasa untuk mengeluarkan amaran lisan atau menamatkan kontrak tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.