fbpx
Now Reading
Daud Kim Akui Gunakan Agama Untuk ‘Profit’ & Bersalah Dalam Kes Seksual Tapi Netizen Rasakan Ada Yang Tidak Kena

Daud Kim Akui Gunakan Agama Untuk ‘Profit’ & Bersalah Dalam Kes Seksual Tapi Netizen Rasakan Ada Yang Tidak Kena

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Youtuber sensasi Korea Selatan, Daud Kim hangat diperkatakan sejak minggu lalu selepas dia didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita. Kejadian berkenaan yang difahamkan berlaku setahun lalu bagaimanapun kemudiannya diselesaikan selepas Daud Kim tampil membuat satu pengakuan di saluran Youtubenya.

Terbaru youtuber itu sekali lagi menjadi topik hangat netizen muslim dari seluruh dunia apabila dia membuat satu lagi pengakuan baru yang sememangnya mengejutkan orang ramai.

Daud Kim mohon maaf

Menerusi video terbaru itu, Daud Kim telah membuat pengakuan yang sudah tertulis di kertas / skrip menyatakan bahawa semua dakwaan terhadapnya adalah benar dan dia kini sama sekali tidak menafikannya lagi.

Dia juga meminta orang ramai untuk berhenti dari mengganggu wanita tersebut selain memadam apa sahaja komen yang menyalahkan wanita berkenaan yang menurutnya adalah mangsa sebenar.

Menerusi pengakuan itu lagi, Daud Kim turut mengakui dia selepas memeluk islam tetap berkungjung ke kelab dan bergaul dengan wanita di luar . Tambahnya dia juga masih meminum arak sedangkan bertindak sebaliknya di hadapan kamera.

” Sebagai seorang muslim saya kerap melakukan perkara yang tidak sepatutnya saya lakukan. Saya juga berkenalan dengan wanita dari aplikasi dating . Perkara sama turut dilakukan ketika saya berada di luar negara termasuk di Turki dan Indonesia”

Satu demi satu pengakuan dikeluarkan Daud menerusi video tersebut sehinggalah dia turut mengakui sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

“Saya sudah berkahwin tiga tahun dahulu da mempunyai seorang anak lelaki. Tapi disebabkan beberapa faktor hubungan suami isteri kami tidak begitu baik ”

Selain dari pengakuan ini beberapa pengakuan lain turut didedahkan Daud sebelum dia mengakhiri videonya dengan memohon maaf dan memaklumkan akan berehat daripada media sosial supaya memuhasabahkan diri atas kesalahannya ini.

Namun semakin banyak yang keluar dari mulutnya lagi banyak yang kelihatan pelik di mata para netizen.

Mereka merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan pendedahakan tersebut. Selain dari ianya satu pengakuan yang dibaca menerusi teks yang sudah sedia ada, Daud Kim juga dilihat agak tidak selesa dan seolah didalam ketakutan.

Jelas perkara sama turut dirasakan beberapa orang netizen .

Dalam masa sama ramai yang turut menyokongnya dengan memintanya untuk bertaubat. Jelas mereka orang sepertinya pasti akan menerima ujian justeru dia harus bangkit dan memperbetulkan dirinya dan dalam masa sama memberikan tumpuan pada keluarganya.

Tidak kurang juga yang gembira dengan pengakuannya dan bersetuju dia telah melakukan kesalahan sebelum ini

Namun kita sebagai orang luar hanya mampu melihat dari jauh sahaja tanpa mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Justeru elakkan dari menilai tanpa mengetahui kisah sebenar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.