fbpx
Now Reading
The Rock & Keluarga Disahkan Positif Covid-19

The Rock & Keluarga Disahkan Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/CEppiNRlpvs/

Bintang Hollywood yang juga bekas wrestler, The Rock atau nama betulnya Dwayne Johson telah disahkan positif COVID-19.

Selain The Rock, isterinya Lauren Hashian dan dua lagi anaknya Tiana, 2 dan Jasmine, 4 tahun turut disahkan positif virus maut tersebut

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh aktor tersebut di laman instagram miliknya pada rabu malam.

“Keutaamanan paling utama bagi saya adalah melindungi keluarga dan orang yang saya sayangi. Saya berharap hanya saya yang positif namun seluruh keluarga saya sudah dijangkiti.

“Keluarga kami dalam keadaan yang baik dan sudah hampir pulih dan ianya tidak akan menular . Nasib baik kami sudah sihat” jelas The Rock dalam video tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen dia turut memberi beberapa tips kepada orang ramai dalam mengharungi wabak Covid-19 yang masih lagi mengganas di Amerika Syarikat antaranya menjaga disiplin, memakai mask muka, bertegas dalam membenarkan orang datang ke rumah dan banyak lagi.

Di jengah ke ruangan komen rata-rata peminat mendoakan The Rock dan keluarganya kembali pulih seperti sediakala.

Sebagai rekod AS kekal negara paling teruk dilanda covid-19 dengan lebih 6 juta rakyatnya yang sudah disahkan positif dengan lebih 180 ribu kematian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.