fbpx
Now Reading
Agama Berbeza Bukan Penghalang Adik Dharshini Cemerlang Dalam Tasawwur Islam

Agama Berbeza Bukan Penghalang Adik Dharshini Cemerlang Dalam Tasawwur Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFRHpHZlL-I/

Siapa sangka meskipun berlainan agama, seorang pelajar dari sebuah sekolah di ibu kota berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Tasawwur Islam.

M Dharshini, pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur difahamkan mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai subjek elektifnya untuk peperiksaan SPM 2020 yang bakal di duduki pada Januari tahun hadapan.

Lebih menariknya ini bukan pertama kali dia memperolehi keputusan cemerlang. Dia malahan berjaya mengekalkan gred A dalam Tasawwur Islam dalam semua peperiksaan terdahulu.

Perkongsian Darshini ini mulanya tular di laman Twitter selepas dia berkongsikannya kepada umum sehingga menarik perhatian media dan juga Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi laporan Harian Metro, Darshini berkata dia merupakan satu-satunya calon bukan Muslim di sekolahnya yang akan menduduki Tasawwur Islam untuk SPM 2020.

Menerusi perbulanan Darshini dengan seorang kenalan di Twitter dia memilih subjek tersebut bagi memenusi permintaan ibunya yang mahukan dia menyambung pengajiannya di UIA memandangkan IPT tersebut tidak tidak jauh dari rumahnya

Tambah Dashini lagi, disebabkan pertembungan jadual harian , mereka yang mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai subjek eleftif terpaksa belajar sendiri dengan berpandukan modul yang di berikan pihak sekolah. Namun semuanya itu tidak menghalangnya untuk terus mendapatkan keputusan yang cemerlang

“Saya tiada pilihan kecuali belajar sendiri dengan merujuk pada modul diberi pihak sekolah.

“Kebiasaannya, saya akan memberi lebih tumpuan untuk menelaah modul itu sehari sebelum ujian atau peperiksaan akhir tahun.

“Pada awalnya, agak sukar untuk memahami, mengingati dan membezakan misalnya antara nabi dan rasul tetapi kini saya sudah mengerti.

“Biarpun tiada guru untuk bertanya, modul diberi sebagai panduan itu sudah lengkap jadi tiada masalah untuk saya menelaah walaupun pada saat akhir. Setakat ini, saya dapat mengekalkan gred A dalam setiap ujian dan peperiksaan dengan markah keseluruhan paling tinggi adalah 90,” katanya.

Semoga maju jaya adik Darshini !

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.