Ketua Penerangan Umno Disahkan Positif Covid-19, Mohon Maaf Kepada Semua

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari berkempen untuk PRN di Sabah
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Shahril menerusi satu kenyataan di Twitter rasminya sebentar lagi.
Jelas Shahril, dia sebelum ini tidak menunjukkan sebarang gejala namun ada merasa sedikit letih sebelum mengambil keputusan membuat ujian Covid-19 di Kuala Lumpur.
Hasil dari ujian yang dilakukan menunjukkan dia positif dan kini sedang menunggu untuk dibawa mendapatkan rawatan lanjut hari ini.
Covid+. No obvious symptoms melainkan penat sikit. Decided to test yesterday in KL for prudence after case spikes as I had been campaigning in Sabah. Just received call & will be taken in today. Am sorry for the inconvenience this will cause people who came into contact.
— Shahril Hamdan (@ShahrilHamdan) September 23, 2020
Shahril dalam masa sama turut memohon maaf di atas kesulitan terutama kontak rapatnya
Terdahulu sebelum Shahril seorang lagi rakan seperjuangannya iaitu Datuk Razlan Rafii yang juga MT UMNO turut dilaporkan positif Covid-19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang.