fbpx

Lelaki Beli Tanah Di Bulan, Demi Bukti Cinta Pada Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B1eBB2kDaA0/

Emosi sebenarnya sukar di ukur apatah lagi untuk menunjukkan rasa cinta kepada seseorang.

Apatah lagi setiap orang memiliki cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang mereka terutama kepada pasangan mereka.

Namun seorang pemuda di Pakistan menjadi bualan netizen apabila dia dikhabarkan telah membeli tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya, Madhia sebagai hadiah perkahwinan mereka

Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun difahamkan membeli tanah tersebut dengan harga $45 (RM186) melalui program Lunar Settlement Initiative (LSI).

Mesti ramai yang tak percaya bukan ? Apatah lagi dengan harga murah seperti itu.

Pembelian tersebut difahamkan disahkan oleh LSI melalui satu sijil rasmi yang dikeluarkan mereka , malah menerusi sijil berkenaan jelas tertera nama Sohaib Ahmed .

Persoalannya siapa dibelakang LSI dan siapakah yang mengiktiraf badan tersebut? Apatah lagi harga tanah satu ekar yang dijual tersebut jelas begitu murah sedangkan menurut laman web mereka tanah di sana hanya ditawarkan kepada mereka yang membiayai eksplorasi di Bulan.

Sebelum ini beberapaaktor Bollywood antaranya Shah Rukh Khan juga dilaporkan mempunyai tanah di sana selepas di hadiahkan oleh seorang peminatnya.

Selain itu seorang lagi aktor Bollywood yang baru sahaja meninggal dunia pada Jun lalu iaitu mendiang Sushant Singh Rajput juga dikhabarkan mememiliki sebidang tanah di sana

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.