fbpx
Now Reading
Tular Video Polis Bergelut Dengan Warga Asing, Ini Situasi Sebenar Yang Patut Anda Tahu

Tular Video Polis Bergelut Dengan Warga Asing, Ini Situasi Sebenar Yang Patut Anda Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memperlihatkan seorang warga asing yang digari yang melawan dan bergelut dengan dua anggota polis yang cuba mengiringnya masuk ke dalam kereta peronda.

Video itu bagaimanapun menjadi tanda tanya kerana tiada maklumat atau info lanjut yang diberikan sehingga ada netizen yang membuat spekulasi sendiri dan cuba menyalahkan pihak berkuasa,.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia menerusi satu video yang dikongsikan di Facebook mereka tampil menjelaskan situasi sebenar yang terjadi.

Berlaku di Bandar Mahkota Cheras

Menerusi video yang dikonsikan PDRM kejaan berkenaan berlaku di Bandar Mahkota Cheras dimana seorang warga asing telah ditahan oleh anggota polis.

Ianya susulan laporan yang dibuat seorang pemilik sebuah restoran di sana yang mengadu telah dikasari oleh warga asing terbabit yang membuat kacau di premis miliknya.

Pengadu yang merupakan seorang wanita turut memaklumkan yang dia mengesyaki lelaki berkenaan dalam keadaan mabuk berdasarkan bau di badannya.

KES PUKUL DAN KHIANAT : SUSPEK DITAHAN #RMPTVVIRAL 30 SEPTEMBER 2020

KES PUKUL DAN KHIANAT : SUSPEK DITAHAN #RMPTVVIRAL 30 SEPTEMBER 2020TULAR DI MEDIA SOSIAL SATU VIDEO PERGELUTAN ANTARA SEORANG LELAKI WARGANEGARA ASING DENGAN ANGGOTA POLIS DI BANDAR MAHKOTA CHERAS, SELANGOR. BUTIRAN LANJUT MENGENAI KES INI, KITA BERSAMA ACP MOHD ZAID BIN HASSAN KETUA POLIS DAERAH KAJANG.BERSAMA KITA MEMBANTERAS JENAYAH, KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI.

Posted by PDRM RMP TV on Wednesday, September 30, 2020

Polis terima laporan warga asing buat kacau dan pukul seorang wanita

“Kes ini berlaku pada 28 September 2020 iaitu sekitar 4:02 petang. Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima laporan dari 1/p/c iaitu pemilik restoran berhubung kejadian lelaki asing telah mencederakannya

“Dalam laporan polis yang dibuat pengadu, beliau mendakwa bahawa pada 28 September 2020 jam lebih kurang 3.30 petang, semasa bekerja di kedai makannya di Jalan Temenggung Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras, pengadu telah dipukul seorang lelaki warganegara Nigeria di bahagian belakang badan dengan menggunakan tangan.

Suspek dipercayai mabuk

“Dalam kejadian ini suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol berdasarkan kepada bau arak. Suspek juga telah membuat kacau dan merosakkan barang-barang yang ada dalam kedai pengadu serta memukul seorang pemandu lori yang sedang menurunkan barang di kedai bersebelahan restoran tersebut.

“Suspek juga telah memukul 1/l/m yang merupakan seorang pemandu lori yang sedang menurunkan barangnya di kedai bersebelahan restoran tersebut”

Susulan dari aduan tersebut polis Kajang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk menahan suspek.

Video tular sewaktu anggota bertugas cuba mengirini suspek masuk dalam kereta peronda

Video yang tular di media sosial adalah ketika anggota polis yang ditugaskan kesana sedang cuba mengiringi suspek untuk masuk kedalam kereta peronda.

Difahamkan warganegara Nigeria itu kini telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan mencederakan dan mendatangkan perbuatan khianat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.